Respon Dini Schatzmann tentang penyakit bipolar Janna Nick

2,830 views

Pelakon Janna Nick telah buat pendedahan bahawa dirinya kini sedang dirawat untuk penyakit Bipolar Disorder.

Malah Janna turut akui ada mempunyai beberapa sign dan symptom yang agak teruk juga seperti mendengar beberapa suara dalam fikirannya dan juga ada cubaan untuk menamatkan nyawa sendiri. Kini Janna sedang makan ubat setelah bertemu doktor.

Kekasih kepada Janna Nick iaitu Dini Azan Schatzmann akhirnya tampil membuka bicara tentang pendedahan Janna Nick.

Dini akui Janna Nick ada bercerita tentang masa lalunya termasuk insiden dia cuba untuk mengambil nyawanya ketika Janna masih bersekolah.

Malah Dini mengaku bahawa dia sering melihat Janna berada dalam keadaan yang amat tertekan. Ini komen penuh dari Dini.

“Janna pernah beritahu dia ada cuba nak cabut nyawanya sendiri. Katanya hal itu terjadi sebelum kami jalinkan hubungan. Janna cerita kerana nak saya tahu masa lampaunya dulu.”

“Saya sering nampak Janna ni berada dalam keadaan yang tertekan. Cuma, baru-baru ini setelah dia rasa amat lain, Janna akhirnya ambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar psikiatri. Janna nak tahu apa yang dia sedang dialami. Kemudian doktor diagnose Janna mempunyai gangguan bipolar.”

“Sebagai seorang kekasih, saya sentiasa memberi sokongan moral, serta mengungkap kan kata-kata positif pada Janna. Kini dia sedang makan ubat, ianya amat membantu.”

“Sukar untuk orang sihat seperti saya nak faham apa yang Janna alami. Dia memang perlukan bantuan dari doktor pakar.”

“Selain beri semangat padanya, saya layan dia macam biasa saja. Selalu saya ingatkan pada Janna, jangan over thinking dengan hal yang kecil.”

“Bila dia senyap di laman media siosial, memang Janna perlukan masa untuk diri sendiri. Dia kena berehat. Apapun dia dah kembali aktif sebab dia kena kerja. Saya akan selalu ingatkan dia.”

Itulah komen dari Dini Schatzmann tentang keadaan yang sedang menimpa Janna Nick. Semoga Janna cepat sembuh.