Sajat memangis setiap hari, terlalu rindu anak-anak

3,154 views

Ahli perniagaan yang juga berstatus jutawan iaitu Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzaman kini masih lagi hilang dari radar setelah menjadi buruan pihak berkuasa.

Lama menghilangkan diri, baru-baru ini Sajat ada meluahkan rasa rindu dengan dua orang anak angkatnya bernama Syaza dan juga Syahmi.

Luahan berkenaan dimuatnaik di Ig milik Sajat pagi semalam di Instastory.

Dari ayat yang ditulis, Sajat mengatakan dia amat rindu sehingga menangis setiap hari mengenangkan anak angkatnya itu.

Ini tulis Sajat: “Aku amat merindui kedua-dua anak-anaku. Sumpah aku benar-benar rindu mereka. Hampir setiap hari aku menangis. Mengapa jadi macam ini.”

Tulisan berkenaan turut disertakan dengan emoji menunjukkan dirinya sedang menangis.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan mengenai soal penjagaan dua kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu, selepas penjaganya terpalit kontroversi kebelakangan ini.

Dapat dilihat, sejak hilangkan diri, ada beberapa kali Sajat menulis mengatakan dia selalu rindu dengan anak kecil itu.

Ini antara beberapa luahan dari Sajat: “Kehidupan bersama ahli keluarga hilang dalam sekelip mata. I miss you, really do. Sampai hati, maafkan ummi.”

Itulah antara kata-kata hati dari Sajat kepada anak-anaknya yang membiasakan nama dengan panggilan ummi.

Kini Nur Sajat telah melarikan diri lebih kurang dua bulan sejak bulan Februari apabila pihak mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Waran dikeluarkan setelah Sajat gagal hadir ke prosiding sebutan semula pertuduhan yang mana dia berpakaian seperti wanita sehingga membuatkan agama Islam dipandang serong.

Pelbagai spekluasi di buat, ada yang mengatakan Sajat masih di dalam negara seperti di utara dan di Johor, dan ada yang mengatakan Sajat telah lolos ke luar negara. Ramai juga netizen yang masih tertanya, mengapakah pihak berkuasa amat sukar untuk menjejaki Sajat.