Respon Permaisuri setelah mural wajah Agong diconteng

3,320 views

Memang tak sangka, satu perbuatan kurang elok telah dibuat di mural yang di lukis di dinding yang meruapkan lukisan beberapa tokoh seperti Perdana Menteri dan juga Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Lukisan mural gergasi dengan wajah wira dan pemerintah negara ini telah dilukis oleh Suhaimi Ali yang dibuat di Taman Cahaya Alam terletak di bahagian tepi deretan kedai seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, Agong dan permaisuri turut berkenan melawat lukisan mural berkenaan pada awal bulan Julai yang lepas.

Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan tersebarnya gambar yang mana mural itu diconteng dengan perkataan yang agak kasar.

Apabila gambar berkenaan tersebar, ianya turut mendapat respon oleh Ig milik permaisuri agong, Tunku Azizah Aminah.

Dari instagram milik airtangan_tengkuampuanpahang, ini caption yang ditulis: “Semoga Allah swt yang akan membalasnya”

Di bahagian komen, ramai netizen dan rakyat yang menulis komen amat sedih dan semuanya meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan yang amat tak baik ini.

Ini antara komen yang ditinggalkan oleh orang ramai: “First things is, si pelaku ni memang tidak menghormati raja dan wira negara. Second, si pelaku ni seorang vandalisme yang tak menghargai bakat seorang pelukis mural yang mana pelukis tu amat berbakat luar biasa.”

“Kalau rasa tak bersyukur tu, sila lah keluar dari negara Malaysia ni, titik. Amat rasa duka cita atas perbuatan sedemikian rupa. Semoga orang yang buat tu dapat pembalasan sewajarnya.

“Allah adalah saksi terbaik, dan yang akan membalas segalanya. Memang hancur hati ni tengok, apatah lagi yang usaha gigih pelukis membuatnya”.

Dalam perkembangan terkini, pihak majlis perbandaran telahpun mengecat dan memadam keseluruhan lukisan mural berkenaan dengan cat putih sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Ramai yang berharap si pelaku berkenaan akan ditangkap oleh pihak polis apatah lagi ianya berkaitan dengan Agong.