Rossa Sera dah bertunang? Ini videonya

4,167 views

Pada pagi Sabtu, hari ini, 12 November 2023, bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera, telah muatnaik satu perkembangan terkininya. 

Dari video berdurasi kurang 30 saat, Rossa Sera muatnaik video menunjukkan dirinya berada di atas pelamin. 

Jika dilihat, Rossa bagaikan telah pun disunting untuk menjadi sebagai tunang orang. 

Dari video berkenaan, ada wanita telah menyarungkan cincin di jari Rossa Sera, seklaigus menandakan Rossa Sera kini dah bertunang. 

Kemudiannya, Rossa Sera ada bergambar bersama seorang jejaka di pelamin, dikatakan itulah tunangnya. 

Namun begitu kelibat jejaka berkenaan telah di tutup di bahagian wajahnya. 

Rossa Sera dan jejaka berkenaan dilihat mengenakan pakaian yang sedondon iaitu baju berwarna merah marron.  

Di ruangan caption, Rossa Sera telah menulis agar mendoakan yang baik-baik buatnya. 

“Salam semua, doakan yang baik-baik buat semua.” 

Ini videonya. 

Menjengah ruangan komen, ramai yang mula mengucapkan ucapan tahniah kepada Rossa Sera. 

Rossa Sera juga ada menjawab dengan memberikan komen berterima kasih kepada yang mengucapkan tahniah kepadanya. 

Selain itu tak kurang juga ada yang bertanya, sama ada benar bertunang, atau ini merupakan satu lakonan atau gimik semata. 

Sehingga kini belum lagi ada jawapan dari tuan punya badan. 

Apapun, kita doakan saja yang terbaik buat Rossa Sera, jika benarlah sudah bertunang. 

Rossa Sera sebelum ini dikenali ramai setelah berkahwin dengan pelawak terkenal Shuk Sahar pada tahun 2015 dan berpisah dengan Shuk Sahar pada tahun 2023, dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.