Sampai macam tu sekali, Siti Nordiana kecewa amat sedih

11,709 views

Salah seorang peserta yang masih bertanding di pentas All Stars Gegar Vaganza ialah Siti Nordiana, yang merupakan pemenang Gegar Vaganza musim ke dua pada tahun 2015. 

Berbeza dengan musim kedua, kali ini, memang peserta yang bertanding, semuanya hebat-hebat belaka, maklumlah, kesemuanya bekas juara dan juga menampilkan beberapa peserta top 3. 

Oleh kerana itu, memang ramai mengakui, Siti Nordiana, harus berusaha keras untuk terus kekal berada di Gegar Vaganza kali ini. 

Namun begitu, ada pula mulut yang berkata tak baik kepada Siti Nordiana, yang juga lebih mesra dengan panggilan Nana. 

Ada komen-komen yang mengatakan, Siti Nordiana mengamalkan ilmu yang bertentangan dengan ajaran agama, untuk terus kekal di atas pentas. 

Ini antara komen yang ditulis, menuduh Nana. 

Melalui laporan Mstar, Nana telah ditanya tentang hal ini dan memberi kenyataan. 

Nana telah menafikan dakwaan berkenaan. 

“Nana nak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya guna ilmu hitam.” 

“Saya berani bersumpah, memang tak ada terdetik untuk guna ilmu sedemikian.”   

Dakwaan serta komen sedemikian tertanya membuat Nana kecewa dan tertanya-tanya mengapa boleh ada tuduhan sebegitu. 

“Nana tengok sekarang dah makin berleluasa orang menulis komen hal yang tak benar tentang diri saya. Hal macam ni perlu stop dah.” 

“Saya memang amat pelik, dan rasa begitu sedih dan kecewa.” 

“Jika dia ada bukti, sila tunjukkan. Kalau tiada bukti, tiada guna. Itu sudah jatuh satu fitnah kepada saya.” 

Katanya lagi, jika benar dia guna ilmu itu, mengapa kedudukannya selalu saja tidak berada di tempat teratas. 

“Nana rasa tuduhan guna ilmu hitam ni memamg amat tak logik. Sebab kalau tengok, sepanjang All Stars Gegar Vaganza ni, saya selalu ada kat bawah je, tak ada pun pernah dapat top three.” 

Siti Nordiana juga bertegas dan akan ambil tindakan undang-undang sekiranya mereka yang menulis itu tak memadam penulisan mereka, atau masih lagi mengulangi menulis komen yang serupa.  

“Buat masa sekarang, Nana maafkan sebab kita faham dalam keadaan sekarang mungkin dia ada masalah sendiri.”  

“Mungkin dia seorang yang tak suka sangat dengan Nana.” 

“Namun ada syaratnya, iaitu kena padam semua hantaran yang dia buat.” 

“Tindakan undang-undang akan diambil kalau ada yang berlebihan.” 

Itulah kisahnya yang terjadi kepada Nana. 

Pada minggu ke 8, Siti Nordiana membawa lagu Britney dan mendapat tempat ke 7.