Doakan Datuk Nora Ariffin, Suhaimi Saad, kini dirawat di ICU

63,281 views

Hari ini industri seni tanah air menerima khabaran bahawa dua penyanyi telah jatuh sakit, iaitu Datuk Nora Ariffin, 50 tahun dan juga penyanyi nasyid dari kumpulan In Team iaitu Suhaimi Saad, 43 tahun. 

Kedua dua mereka telah dimasukkan ke hospital dan kini sedang menjalani rawatan untuk penyakit mereka. 

NORA ARIFFIN MASUK ICU 

Berita berkenaan Datuk Nora masuk ke hospital mula diketahui melalui kenyataan dari suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli. 

Seperti yang dilaporkan Awani, suami Nora berkata, isteri itu telah dimasukkan ke unit rawatan rapi atau ICU di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang. 

Puncanya adalah kerana Nora mengalami kesesakan nafas, atau sukar untuk bernafas. 

Nora dah dimasukkan ke ICU di KPJ Kajang. Dia dirawat untuk sesak nafas. Mohon doakannya, ikhlas dari kami sekeluarga.” Itu kenyataan ringkas dari suami Nora. 

Sehingga kini belum lagi ada kenyataan berkenaan punca Nora mengalami kesesakan nafas itu, apapun sama-sama kita doakan buat Datuk Nora Ariffin. 

SUHAIMI SAAD DITIDURKAN, ORGAN DALAMAN TAK BERFUNGSI 

Dalam pada itu, anggota kumpulan In Team iaitu Suhaimi Saad turut di maukkan ke unit rawatan rapi di Johor Bahru. 

Isteri Suhaimi Saad iaitu Ina Naim telah mengesahkan berita berkenaan. 

Ina meminta orang ramai dapat mendoakan buat suaminya. 

Ya, suami saya tak sihat, dia sakit, minta semua doakan ye.” Kata Ina Naim secara ringkas. 

Dalam pada itu, salah seorang anggota In Team iaitu Syahril Khalid berkata, Suhaimi mula alami gejala batuk dan muntah sejak empat bulan yang lalu. 

Ini kenyataan dari rakan Suhaimi Saad.  

Suhaimi memang sedang sakit dan tengah jalani rawatan. Saya memohon agar orang ramai akan mendoakan dia kembali sembuh.”  

Dia masuk hospital kira-kira seminggu lepas.” 

Melalui satu laporan Harian Metro, ada pihak memberitahu Suhaimi Saad telah ditidurkan akibat organ dalamannya tak berfungsi dengan baik. 

Dia alami jangkitan kuman, dan kini organ dalaman tak berfungsi dengan baik, kini bantuan pernafasan diberikan sepenuhnya.” 

Mulanya dia alami batuk yang teruk sejak empat bulan lepas, disusuli diarrhea sehinggakan beratnya menyusut.” 

Kali terakhir Suhaimi Saad menulis update tentang dirinya ialah pada awal bulan November lepas. 

Ketika itu Suhaimi Saad yang dikenali dengan nama SS, telah meminta maaf kepada semua.  

SS nak meminta maaf zahir dan batin kepada semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan dari korang semua. Assalamualikum.” Inilah tulisan ringkas Suhaimi Saad pada 4 November lalu. 

Itulah perkembangan terkini tentang Suhaimi Saad. 

Sama-sama kita doakan agar kedua dua mereka iaitu Datuk Nora dan juga Suhaimi Saad akan kembali sembuh seperti sediakala, semoga dipermudahkan urusan.