Harris Annuar, pelakon dan instafamous yang disahkan positif setelah pulang dari Pulau Langkawi, telah menafikan beberapa tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Anak kepada jutawan kosmetik Kak Ton ini berkata dia mencabar pihak yang menabur cerita, untuk beri bukti bahawa dia ada pergi berhibur dan berparti ketika sambutan tahun baru ketika dia dan rakan-rakan bercuti di Langkawi.
“Saya nak cabar pihak yang buat tuduhan mengatakan saya pergi berhibur di Langkawi pada malam sambutan tahun baru baru-baru ini untuk tampil beri bukti.”
“Sebenarnya, saya bukan jenis kaki parti dan ini termasuk ketika ada di Kuala Lumpur. Saya langsung tak minat nak pergi berparti ini. Saya akan pergi ke kelab jika ada sesuatu event seperti majlis pelancaran dan di atas urusan kerja saja. Rakan saya tahu yang saya bukan jenis seperti itu. Saya sedih apabila diperkatakan sedemikian.”
“Ketika malam tahun baru, saya hanya lepak di kafe bernama Scuba. Kafe itu takdelah ramai orang kalau nak compare dengan kafe lain. Amat berat apabila ada cakap saya seorang kaki parti.”
“Saya tidak tahu nak terangkan setelah ada yang label saya ni seolah-olah pembawa sedangkan saya dijangkiti semasa berada di Langkawi. Ramai yang kata saya tak pakai mask. Kalau tengok, berapa ramai yang tidak memakai mask semasa nak amik gambar. Sama macam saya, bila nak bergambar, buka mask. Tapi lepas itu saya akan memakainya semula.”
Jelas Harris, dia mengambil inisiatif untuk buat ujian swab kerana merasakan tak sdap badan setelah pulang dari Langkawi.
“Setelah balik dari Langkawi saya ambil tanggungjawab untuk terus membuat ujian saringan sebab ada rasa panas badan.”
Menjawa tohmahan orang ramai yang mengatakan dia adalah antara golongan positif setelah pergi bercuti sakan, ini jawapan dari Harris.
“Memang ramai yang marah kerana saya pergi melancong, tetapi macam mana pula dengan orang lain, yang turut bercuti di sana tetapi bila balik dia tak buat ujian saringan atau self-quarantine. At least saya bertanggungjawab untuk buat ujian saringan.”
Ketika ini Harris Annuar sedang kuarantin bersama di sebuah rumah sewa bersama dua orang rakan baiknya yang turut disahkan positif setelah kembali dari bercuti di Langkawi.