“Saya dah beritahu Ernie” Ini punca Anuar Zain belum jumpa baby Ernie dan Syamel

4,484 views

Pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel dah pun selamat menimang cahaya mata sulung mereka baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan Mstar, pakcik Ernie Zakri iaitu Anuar Zain akui masih lagi belum menemui baby sulung anak buahnya itu.

Anuar Zain berkata dia ada sebab tersendiri kenapa tidak pergi menemui baby berkenaan. Buat masa sekarang Anuar lebih selesa menatap wajahnya melalui foto saja.

Ini komen penyanyi berumur 52 tahun ini.

“Saya tak pernah jumpa lagi baby Ernie. Sebenarnya dari dulu kalau ada saudara atau rakan-rakan yang baru bersalin dan dapat baby, saya akan beritahu mereka baahwa saya hanya akan jumpa selepas mereka habis jalani pantang.”

“Jika tinggal serumah, okaylah untuk kita jengok. Tetapi yang tinggal berasingan walaupun saudara mara atau rakan baik sekali pun, saya memang tak berani lagi.”

Mengapa Anuar Zain mengambil pendekatan berkenaan, ini penjelasan lanjut dari adik kepada Ziana Zain ini melalui portal Mstar.

“Memang ramai yang undang dan jemput ke rumah, sememangnya saya akan menolak kerana semasa dalam pantang, baby tu masih lagi lemah, kita ni dari luar, tak tahu apa yang kita bawa, datang dari mana pun.”

“Jadi untuk mengelakkan daripada benda-benda tak diingini terjadi, saya akan tunggu habis pantang. Dan bagi saya, nak melawat pun kenalah di waktu siang, pada hari malam-malam tak boleh. Kita kena hati-hati kerana mereka masih baby.”

“Jika nak beri ciuman di pipi baby pun bukannya boleh, mereka masih lembut. Nanti semua cium, habis pipi naik keruping dan berkudispula. Tak boleh buat macam tu. Sekarang ni kan dah zaman teknologi, baby keluar kita dah boleh tengok dah.”

Itulah komen Anuar Zain. Jelasnya tentang baby Ernie Zakri dan Syamel yang diberi nama Nur Khawla Soleha, Anuar dah melihat wajah baby itu melalui foto.

“Saya dah cakap pada Ernie, lepas habis berpantang barulah saya datang melawat baby mereka tu. Sekarang ini saya lihat melalui foto saja.”

“Baby ni comel betul, mata pun amat cantik, bibir macam mak dia, memang putih gebu. Bagi saya baby ikut muka mak dia.”

Itulah komen Anuar Zain tentang baby Ernie Zakri iaitu Nur Khawla Soleha.