Nama Nina Smith masih baru lagi dalam dunia seni tanah air ini. Namanya hanya naik sebelum ini kerana ada isu dengan Ogy Ahmad Daud yang melenting kerana Nina menarik diri untuk satu produksi lakonan.
Baru-baru ini, Nina Smith telah kembali semula dalam industry seni. Dari laporan Harian Metro, pelakon cantik ini ditanya sama ada dia sudi berlakon dengan pelakon yang sedang top ketika ini iaitu Zul Ariffin.
Jawapan yang diberi Nina ialah dia hanya sudi sekiranya watak yang diberikan adalah bersesuaian dengannya.
“Berlakon dengan Zul Ariffin, siapa saja yang tidak mahu. Cumanya, saya pastikan tawaran itu adalah watak yang sesuai dengan saya. Kemungkinan, saya juga akan buat perbincangan dengan director tentang sesuatu adegan sebelum dilakonkan. Saya tak mahu nanti boleh timbul isu pula.”
“Tentang isu ini, sebagai pelakon dan pengarah, mereka memang kena buat perbincangan. Mana yang boleh baru kita buat. Kalau yang sebaliknya itu, kita kena jadi kreatif. Apa-apapun, saya tak mahu terus dipalit dengan isu.”
Bagi Nina, dia kini dah belajar dari pengalaman setelah terjebak dengan isu sebelum ini. Baginya, banyak pihak yang terlibat jika sesuatu isu itu timbul.
Untuk info, sebelum ini, nama Nina Smith jadi bualan setelah menarik diri dari pengambaran drama Bunga Hati terbitan syarikat Zeel Production. Ianya berlaku pada hujung tahun lalu.
Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy memberi pandangan yang amat lantang tentang hal itu.
Namun bagi Nina Smith, dia tak mahu terus fikirkan hal berkenaan kerana dia mempunyai alasan yang kukuh untuk menarik diri iaitu bapanya yang tidak sihat.
“Bagi saya Insiden itu sudah selesai. Saya fokus semula pada kerjaya saya dalam bidang lakonan. Syukur rezeki pun banyak, saya gembira. Dan saya nak tunjuk bakat saya.”
“Saya bukannya pelakon yang bermasalah. Tapi apa yang terjadi pada hujung tahun lalu itu, saya memang tak dapat nak elak, sebab itu melibatkan nyawa bapa saya.”
“Saya percaya, kalau ada orang lain ditempat saya pun, pasti akan buat benda yang sama. Saya juga anak tunggal hasil perkahwinan bapa dan ibu saya.”
Itulah komen dari pelakon baru Nina Smith.