Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri telah bertekad untuk tidak lagi terlibat dengan isu-isu atau gimik murahan demi mendapatkan perhatian.
Jelasnya, kini dia akan mula memperlahankan media sosial dan mahu dilihat menjadi seorang yang lebih matang. Beliau yang kini berumur 36 tahun turut mahu dikenali sebagai seorang yang berjaya sebagai usahawan.
“Memang diakui, pada awalnya saya kejar juga nak glamor kerana saya ni bukannya artis. Namun sebenarnya jika hanya glamor tapi tak ada duit pun tak ada gunanya. Jika ada yang perasan, dalam enam bulan kebelakangan ini, saya lebih selesa untuk mendiamkan diri saja, tak ada sebarang isu.”
“Secara jujur, saya dah tak berapa suka dengan kamera. Kalau mahukan ada isu ini sebenarnya mudah saja, asal ada orang cetuskan isu, saya terus akan menyelit atau beri ulasan. Ini kerana saya ada follower yang agak tinggi, itulah hakikatnya.”
“Namun, sekarang ni saya nak jadi seorang yang lebih matang, tengok orang lain ada buat gimik macam-macam, tapi saya rasa, tidak mengapalah kerana kita pun dah merasa. Saya dah tak nak lagi. Saya mahu cari ketenangan.”
Antara yang menjadi punca perubahan Aliff Syukri ini turut ada kaitannya dengan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.
“Anak first saya dah sekolah tingkatan tiga, ada masanya dia tanya, abah mengapa ada video viral macam ini. Lepas dia tanya tu, saya pun malulah. Saya rasa kalau tak ada isu atau gimik ni okey, maruah amat penting.”
“Mereka semua, anak-anak saya ni dah semakin membesar, dan saya pun dah tak bolehlah nak marah-marah macam dia kecil dulu, sebab takut nanti mereka mula nak memberontak pula, dari situ saya sedar.”
“Saya nak jaga reputasi saya sebagai seorang ayah, bapa. Saya nak hubungan perkahwinan saya dan isteri akan sentiasa berkekalan. Saya mahu dihormati oleh isteri saya, anak-anak saya dan juga termasuklah masyarakat.”
Aliff Akui menerima perhatian itu memang seronok, tapi kini dia mahu perubahan.
“Kalau ada kontroversi ini memang seronok tapi, biarlah ianya datang sendiri bukan dibuat-buat sebab nak glamor.”
“Dah masanya saya nak jadi ahli perniagaan yang sebenar. Saya pun nak bersederhana saja, syukur Alhamdulillah kini semua pun cukup dah.”
Itulah kenyataan terkini dari Dato Aliff Syukri tentang perubahan dirinya.