“Neelofa kini sedang berehat” Pu Riz sahkan isteri selamat melahirkan baby boy Sabtu lalu

3,844 views

Satu berita gembira baru saja disampaikan oleh pasangan Pu Riz dan isterinya Neelofa.

Neelofa kini telah pun selamat melahirkan anak sulung mereka pada hari Sabtu lalu bertarikh 29 Januari 2022 sekitar jam 3 petang.

Pasangan ini turut membuat pengumuman nama anak yang dipilih pada hari ini. Nama anak sulung mereka ini ialah Muhammad Bilal bin Muhammad Haris.

Melalui satu kenyataan media, Pu Riz amat bersyukur semua urusan isterinya telah dipermudahkan.

“Assalamualaikum segala pujian dan kesyukuran telah kami panjatkan kepada Allah untuk semua keberkatan dan rahmat darinya. Isteri saya iaitu Neelofa, telah disahkan selamat melahirkan anak pertama kami, anak lelaki, seorang putera, pada tarikh 29 Januari 2022, pada jam 3.44 petang.”

Jelas Pu Riz, Neelofa kini sedang berehat setelah melahirkan anak sulung mereka.

“Syukur Alhamdulillah, semua urusan juga telah dipermudahkan, dan kini isteri saya sedang berehat. Kami berdua sedang melalui satu fasa yang amat menggembirakan buat keluarga kami.”

Pu Riz dan Neelofa juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan mereka berdua.

“Saya dan Neelofa mahu mengucapkan ribuan penghargaan di atas segala doa yang telah dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan semu orang semenjak kami bernikah sehinggalah kami menerima kehadiran cahaya mata yang pertama ini.”

“Mohon titipkanlah juga doa yang baik supaya zuriat kami ini akan mampu menjadi khalifah yang dapat memberi kebaikan buat agama dan juga negara. Terima kasih diucapkan.”

Itulah kenyatan media dari Pu Riz dan juga Neelofa di atas berita kelahiran anak sulung mereka, seorang baby boy yang diberi nama Muhammad Bilal.

Untuk info, Pu Riz dan Neelofa disatukan sebagai pasagan suami isteri pada bulan Mac, tahun 2021.