“Saya nampak Uqasha menangis sorang di toilet sekolah” Rakan sekolah Uqasha Senrose

1,702 views

Kisah melanda antara Uqasha Senrose dan wanita bernama Ayla mendapat liputan menyeluruh dari media dan juga orang ramai. 

Uqasha Senrose telah pun tampil membuat penafian bahawa dirinya seorang pembuli dan meminta bukti dari wanita berkenaan jika benar hal berkenaan terjadi. 

Pelakon yang juga kakak kepada Nelydia dan Raysha ini telah pun mengambil tindakan undang-undang di atas tuduhan berkenaan. 

Kini ada beberapa lagi pendedahan dari rakan-rakan sekolah Uqasha Senrose. 

Ada satu kenyataan dari Qairooline yang mendedahkan, sebenarnya Uqasha sendiri pun pernah dibuli oleh orang lain. 

Qairooline pernah terserempak dengan Uqasha yang berada di tandas menangis akibat dibuli. 

Sehingga kini Qairooline masih lagi baik dengan Uqasha. 

“Untuk pengetahui, saya dan Uqasha dan kawan baik dari sekolah menengah, dah lebih kurang 18 tahun kami berkawan.” 

“Masih lagi saya ingat pertama kali jumpa, nampak dia sedang menangis kat tandas sekolah, masa tu kami pun berbual.” 

“Sebenarnya masa tu Uqasha baru saja lepas kena buli, saya memang kesian tengok dia masa tu.” 

Selain itu, seorang wanita yang pernah bersekolah sama dengan Uqasha di sekolah lain iaitu di SMK Pandan Indah berkata, sepanjang mengenali Uqasha, dia seorang yang lemah lembut. 

“Memang dia banyak pindah sekolah, dia duduk sebelah saya di SMK Pandan Indah. Orangnya baik saja, cantik.” 

“Memang ramai yang iri hati sebab dia ni cantik. Tapi dia tak ada pun kacau orang. Dia sekolah sini pun 3 bulan saja.” 

Selain itu, ada seorang wanita lain, yang mengatakan pernah menjadi ketua kelas, turut mengatakan Uqasha tak ada pun membuli orang lain. 

“Sebagai ketua kelas yang sama dengan Uqasha, saya tak pernah dengar pun ada kisah buli membuli melibatkan Uqasha Senrose.” 

Selain rakan sekolah, ada juga guru mengatakan Uqasha seorang anak murid yang baik di sekolah. 

Itulah sedikit sebanyak kata-kata yang baik dari rakan-rakan sekelas dan sekolah Uqasha Senrose.