Rupanya Eina Azman menangis sebab suami tak wish happy birthday

4,868 views

Pelakon Datin paduka Eina Azman sebelum ini menjadi tumpuan kerana ada memaparkan dirinya agak emosi dan sedang menangis. 

Ramai peminat yang bimbang melihat keadaan dirinya itu dan risau jika sesuatu berlaku kepada rumah tangganya. 

Akhinrya hari ini, semuanya telah terjawab mengapa Datin Eina Azman telah menangis sedemikian rupa. 

Melalui laporan beberapa portal hiburan, rupa-rupanya Eina Azman telah menangis dan tersentuh hati kerana suaminya iaitu Datu Paduk Kaiser tidak menyambut hari lahirnya dan tidak mengucapkan selamat hari jadi kepada Eina Azman. 

Sudah masuk ke usia 28 tahun, Eina Azman ingatkan suaminya itu sudah lupa tentang sambutan hari lahirnya, kerana itulah dia agak emosi dan menangis. 

Namun begitu, rupanya, Datuk Paduk Kaiser sengaja berbuat sedemikian kerana nak buat surprise buat isterinya yang tersayang itu. 

Datuk Kaiser telah memberi kejutan dan surprise kepada Eina Azman pada hari Jumaat yang lalu dengan membawa hadiah dan juga sejambak bunga. 

Sudah tentunya, sebagai suami yang penyayang, Kaiser tak lupakan hari lahir Eina Azman. 

Kaiser berkata, dia mohon maaf sebab buat-buat lupa kerana saja nak buat kelaian kepada EIna Azman tahun ini. 

“Pada tahun ni, sengaja saya nak buat sedikit lain. Nak buat kejutan untuk dia, saya tak mahu orang tahu. Ini adalah kali pertama dia bekerja semasa birthday dia. Selama ini tidak pernah buat macam ini.” 

“Tetapi apabila nampak dia menangis hari itu, saya dah hampir-hampir nak cakap pada dia dah bahawa saya tak pernah lupa birthday dia.” 

Eina Azman yang terkejut denagn kehadiran suaminya dengan sejambak bunga terus saja mengalirkan air mata kegembiraan dan memeluknya.   

“Memang sejak akhir-akhir ini banyak kes orang ketiga. Pastu pula dia langsung tak ada ucap happy birthday dan buat tak tahu saja. Selalunya kalau sebelum ni, apabila hari jadi saya, dia akan selalu ada.” 

“Orang ada selalu cakap, kalau suami dah tak ucap apa-apa, maknanya mungkin dia dah lain.” 

Itulah sebenanrya yang berlaku, rupanya Eina Azman emosi sebab merajuk suaminya Datuk Paduka Kaiser tak ucap selamat hari jadi kepada dirinya.