Kepada mereka yang sentiasa ikuti perkembangan penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, sudah tentu akan mengenali dengan nama Dayah Zubit.
Kepada yang tidak tahu, Dayah Zubit merupakan bekas penjaga dan pengasuh anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah. Sejak menjadi pengasuh, nama Dayah Zubit mula dikenali ramai.
Wanita ini turt meraih tempias popularity dan laman media sosialnya kini mempunya kira-kira 200 ribu follower.
Dayah Zubit kini tidak lagi menjadi pengasuh kepada Siti Aafiyah setelah wanita ini mendirikan rumah tangga dengan seorang pemain bola sepak bernama Ridzuan.
Dalam perkembangan terkini, Dayah Zubit juga sedang hamil anak sulungnya.
Di satu perkongsian di Ig story, Dayah ada bercerita tentang satu kisah cemas yang melanda dirinya baru-baru ini.
Dikatakan Dayah telah terjatuh dari motorsikal dan alami kecederaan. Kemudian wanita yang sedang sarat mengandung ini telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Keadaan Dayah dikatakan dah stabil dan okey namun masih ada blood clot di bahagian kepala akibat dari kemalangan tersebut.
Apapun Dayah amat bersyukur kerana baby dalam kandungan disahkan selamat.
“Syukur, alhamdulillah baby saya okey.” Luah Dayah Zubit bersyukur anak dalam kandungan disahkan sihat.
“Yang tak okey mommy dia, sebab ada blood clot sikit kerana kecederaan di baahgian kepala akibat dari terjauh motorsikal.”
“Mommy dia rasa sakit yang amat, ada luka di siku dan juga lutut dan kawasan kaki. Saya amat bersyukur kerana semakin pulih.”
“Sekarang Dayah dalam proses untuk recover, harap dapat doakan ye. Mak buyung ni mungkin dah terlalu aktif, Tuhan nak saya rehat sikit. Sekarang ni pun sedang menggu hari saja nak deliver baby. Semua yang berlaku ada hikmahnya.”
Dayah Zubit memberitahu suami, ibu bapa dan juga keluarga mertuanya banyak menjaganya dan bersyukur semua okey. Semoga cepat sembuh ye Dayah.