“Serius nak kenal dengan wanita cantik ini” Iqbal luah nak berkenalan dengan wanita ni

10,952 views

Semua pun dah tahu bahawa ahli perniagaan terkenal, Ahmad Iqbal Zulkefli kini berada di negara jiran, Indonesia.

Ada yang kata pemudia ini pergi ke negera jiran untuk bercuti seketika sambil mencari peluang untuk kembangkan perniagaan di sana.

Namun ada juga yang berkata Iqbal ke sana untuk mencari cinta hati yang baru setelah cintanya dengan Dato Seri Vida berakhir di tengah jalan.

Sebelum ini Iqbal ada meluahkan rasa sejuk hati ketika melihat sendiri penyanyi Datuk Rossa di depan matanya. Malah Iqbal akui jika diberi peluang dia mahu mengeenali dengan lebih mendalam dengan Rossa.

Jelas Iqbal, dia hanya berkenalan saja, tiada niat lain, malah katanya, dia suka dengan Rossa kerana amat sopan dalam berkata-kata dan amat minimal dalam fesyen.

Semalam, Iqbal sekali lagi mencuri perhatin apabila muatnaik gambar seorang selebriti Indonesia yang sedang hamil.

Dari caption, ternyata Iqbal seakan tak kenal dengan wanita berkenaan yang sedang hamil dan dikatakan telah ditinggalkan suaminya.

Iqbal mahu orang wanita hamil itu dan sanggup membela anaknya, sekiranya dilahirkan kelak.

Kalau ada sesiapa kenal, minta tolong memperkenalkan kat saya. Saya sanggup bela anaknya itu. Juga amat serius untuk berkenalan dengan wanita yang amat cantik ini. Sekadar berkenalan, hati saya masih belum pulih.” Itu yang ditulis oleh Iqbal.

Iqbal juga muatnaik satu lagi gambar memperlihatkan wanita itu sedang dalam perjalanan ke hospital dengan berkerusi roda.

“Mengapa sampai macam ni, tak sampai hati saya nak tengok dah. Semoga ibu dan kandungannya berada dalam keadaan baik-baik sajalah.”

Gambar yang dimuatnaik oleh Iqbal itu merupakan Lucinta Luna. Walaupun tampil seperti hamil, sebenarnya Lucinta Luna ini merupakan seorang lelaki. Nama sebenarnya ialah Muhammad Fattah.

Kisah Lucinta Luna ini ramai yang tahu, malah menjadi viral di negara jiran dan juga di Malaysia.

Ada juga yang tertanya-tanya betulkah Iqbal tak tahu menahu tentang Lucinta Luna. Atau Iqbal saja buat-buat tak tahu, dan mahukan perhatian dari netizen dan media.

Ada juga yang memberi komen, kalau Ahmad Iqbal benar-benar tak tahu tentang Lucinta Luna, sudah tentu terkekek kena ketawa dengan Dato Seri Vida.