Shuib tiga jam luang masa dengan baby Ayash Affan

7,424 views

Pelawak dan usahawan Bubble Bee, Shuib Sepahtu menerima hadiah paling bermakna sempena hari lahirnya apabila dibenarkan berjumpa anak bongsu baby Ayash Affan pada hari ini.

Shuib telah meluangkan masa selama tiga jam bersama anaknya itu di HCTM, Hospital University Kebangsaan Malaysia di Cheras.

Bagi Shuib, pengalaman selama tiga jam itu moment yang amat indah buat dirinya.

Subhanallah syukur alhamdulillah, Allah maha besar. Ianya satu nikmat yang cukup indah apabila dapat meluangkan masa selama tiga jam dengan baby bongsu saya, Ayash Affan. Syukur sangat.

Shuib turut sempat memberi perkembangan terkini tentang keadaan anaknya itu dan mengatakan semua baik-baik saja.

Berat baby semakin meningkat dan amat berselera untuk minum susu yang diambil dari susu badan sepupunya.

Selain itu, Shuib turut mengatakan wajah anaknya lebih kearah wajahnya.

Ayash Affan dalam keadaan yang sihat. Berat dia kini dah mencecah 2.6 kilogram, dia memang kuat minum susu dan teramat comel. Muka macam daddy lah ibu.

Kata Shuib baby Ayash Affan merupakan hadiah terakhir yang cukup istimewa dari arwah isterinya SIti Sarah.

Memang begitu istimewa hadiah dari ibu. Saya berharap awak ada di sini sayang. I always love you.

Namun Shuib dilihat mengambil keputusan untuk tak muatnaik gambar bersama anak bongsunya itu.

Baby Ayash Affan dalam keadaan tak cukup bulan pramatang pada tarikh 6 Ogos yang lepas. Dia kini telah pun dikeluarkan daripada incubator namun masih dalam pemantauan.

Sekiranya keadaan berterusan baik, dikatakan baby Ayash Affan akan diberi kebenaran untuk keluar dari hospital pada bulan ini juga.

Shuib dan Siti Sarah bernikah pada tarikh 26 Februari 2011 dan mereka mempunyai empat orang cahaya mata termasuklah baby Ayash Affan.  Anak sulung bernama Uwais Alqarni, anak kedua satunya anak perempuan bernama Dzahira Talita Zahra dan anak ketiga bernama Ariq Matin.