Shuk peluk, dukung anak.. akui kesilapan, akan usaha baiki rumahtangga

2,564 views

Sejak kisahnya bermain kayu tiga didedahkan isteri sendiri, Shuk Sahar langsung tak ada mengeluarkan sebarang statement atau respon balas.

Walaupun pihak majikannya, Hot Fm mengambil tindakan untuk menggantung khdimatnya sebagai penyampai radio slot pagi, Shuk tetap mengambil pendedakatan untuk berdiam diri sahaja. Langsung tiada sebarang kenyataan dari pelawak dan pengacara berumur 34 tahun ini.

Akhirnya setelah 5 hari berdiam diri, Shuk telah buat satu update di laman media sosial Instagram miliknya.

Shuk telah muatnaik satu video menunjukkan dia telah berjumpa dengan anak-anaknya. Shuk memeluk, dan mendukung anak-anaknya itu. Menerusi video berdurasi satu minit lebih itu, anak-anak kepada Shuk telah ditanya, sama ada mereka rindu dengan ayahnya.

Malah, Shuk ada menulis bahawa apa yang berlaku adalah kesilapan dirinya sendiri. Namun pelawak ini sanggup untuk berusaha untuk mendapatkan kembali keluarga dan anak-anaknya.

Ini caption dari Shuk: “Setiap orang di dunia ini ada buat kesalahan dan memang betul ini merupakan kesalahan dan kesilapan yang saya buat.”

Ye betul, bukan senang dan bukannya sesuatu yang mudah untuk jernihkan air yang telah menjadi keruh. Namun, apapun saya sanggup buat demi mendapatkan balik keluarga serta kebahagian saya.”

Itulah kata-kata yang ditulis oleh Shuk setelah lama berdiam diri. Ini video yang dimuatnaik oleh Shuk yang telah bertemu dengan anak-anaknya.

Semoga Shuk ambil ikhtibar di atas segala yang terjadi. Semoga selepas ini Shuk akan kembali memulihkan kebahagiaan keluarganya.

Untuk info, Shuk dan isterinya Rossa Sera telah bernikah pada tahun 2015 dan mempunyai dua orang anak perempuan.

Shuk mula menjadi selebriti sekitar tahun 2011 setelah menyertai rancangan reality Raja Lawak bersama kumpulan Balas. Shuk kemudian telah menerima tawaran untuk menjadi penyampai radio station Hot Fm pada tahun 2017.