Suami dikatakan kahwin Yaya Kuih Bulan, tampil buka cerita

7,138 views

Sedang panas isu pengusaha kuih bulan bernama Yaya yang dikatakan telah berkahwin dengan suami rakan baiknya, kali ini jejaka yang terlibat telah tampil memberi kenyataan tentang kes yang sedang melanda dirinya.

Lelaki itu bernama Azhar yang menulis satu kenyataan di laman FB menerusi akaun bernama Baa Azhar. Jom baca kenyataannya.

“Salam, setelah hampir tiga bulan saya de activate kan laman fb, pada hari ni sy kena active kan semula fb sebab banyak sgt pertanyaan pd diri saya. Yang bukan maksud diam kerana dayus tapi tak nak keruhkan lagi keadaan berikut.

Untuk pengetahuan, saya dan juga isteri (Suhana Hamzah) masih lagi sah sebagai suami dsn isteri dan untuk isu ttg penceraian kami, ianya adalah tak betul.

Sebagai suami, tanggungjawab sy terhadap isteri sama sekali tak pernah terabai sama juga kepada semua anak.

Tentang isu saya abaikan isteri ialanya tak betul langsung, saya masih layan dirinya sama dan tidak ada pun nak mengabaikan mana tanggungjawab termasuk zahir dan juga batin. Saya masih sayangi dirinya dan tak ada terdetik untuk saya lepaskan dirinya macam yg viral ketika ini.

Tentang isu saya dgn Yaya, saya mengaku setelah kenal dirinya, selama beberapa tahun yg lepas setelah buat perniagaan bersama, dan setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula ada perasaan untuk memperisterikan yaya atas kerana perlihatkan rapatnya antara mereka berdua (isteri dan Yaya). Malah dapat dilihat akan dirinya yang ikhlas apatah lagi Yaya bnyak bantu saya untuk naikkan lagi perniagaan saya.

Tetapi, sy tak pernah abai isteri saya dan sebagai suami, saya akui ada mohon kebenaran dari isteri untuk kahwini yaya. Dan atas dasar beberapa punca yg berlaku termasuklah ada orang disekeliling yang menghasut, isteri buat tindakan tak bagi kebenaran kami untuk berkahwin. Oleh itu saya juga tak ada buat sebarang perkahwinan seperti dakwaan yang jadi tular semalam.

Saya minta orang ramai dan para netizen supaya henti dan tak lagi besarkan mahupun untuk masuk campur bagi urusan ruma tangga kami.

Untuk kes yg viral, saya minta maaf kerana ada salahfaham dan jika ada pihak yg mungkin terasa hati atau mungkin jatuh imej sebarang pihak yang ada kaitanan dengan isu viral ini. #lelakiMUKAseliparCROC”

Itulah kenyataan dari Azhar yang akui jatuh hati pada wanita bernama Yaya dan ingin kahwininya namun tidak diberi keizinan oleh isteri.

Apa yang menariknya, satu hashtag telah jadi viral iaitu lelaki muka selipar croc, yang ditulis oleh Azhar sendiri.