Selebriti Daphne Iking kini dah selamat melahirkan anak keempatnya baru-baru ini. Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Daphne Iking dan suaminya Azmi menerusi laman media rasmi mereka.
Pengacara dan pelakon yang kini berumur 41 tahun telah menulis ucapan khas buat anak yang baru dilahirkan itu dan telah mendedahkan nama anaknya yang amat unik. Jom baca komennya.
“Inilah dia anak saya, Ilon Daniel Iking Azmi. Terima kasih buat Thomson Hospital Kota Damansara , kepada Dr Navdeep Singh, Dr Khoo, Dr Ling dan juga para nurses and staff.”
“Kalian semua telah buat saya dan suami rasa amat mudah dan senang dan selalu ingatkan semuanya akan baik dan selamay. Dan Alhamdullilah semuanya lancar sahaja. Sebab itu kalian sememangnya disebut sebagai highly recommended.”
“Kepada Ilon Daniel Iking Azmi, kamu adalah satu rahmat, blessing dan kamu telah lengkapkan kita satu family. Kita satu keluarga amat thrilled dengan ketibaan kamu dan rasa amat syukur untuk mempunyai kamu dalam hidup kami. Saya sayang semua anak-anak saya.”
Anak keempatnya ini, baby boy, dilahirkan pada 21 Mei yang lepas secara pembedahan Caesarean Section.
Tentang anak keempatnya ini, iaitu Ilon Daniel, cara sebutannya yang betul adalah seperti menyebut elearn atau Dylan tanpa menyebut huruf D.
Sebelum ini, Daphne memang akui pelbagai cabaran ketika mengandungkan anak keempat ini kerana adanya pelbagai risiko yang perlu di ambil. Dan dia amat bersyukur semuanya kini telah selamat.
Tahniah buat Daphne Iking dan juga suami. Semoga semua urusan sentiasa dipermudahkan.
Diimbas kembali, Daphne Iking telah bernikah dengan Azmi Abdul Rahman pada tahun 2011. Pengacara yang berasal dari Keningau Sarawak ini mempunyai empat orang cahaya mata yang pertama bernama Isobel. Anak kedua bernama Iman dan yang ketiga bernama Isidore.