Penyanyi popular tanah air Aiman Tino atau nama sebenarnya, Muhammad Aiman bin Yusri antara individu yang telah disaman atas kesalahan melanggar perintah perintah kawalan pergerakkan.
Aiman Tino dan bapanya iaitu Yusri dan seorang lagi adiknya telah dikenakan kompaun sebanyak RM1000 setiap seorang atas kesalahan berkumpul lebih dari 20 orang ketika memancing di satu kolam ikan yang terletak di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.
Namun begitu, Aiman Tino telah memberi penjelasan apa yang berlaku dan merasakan dirinya terperangkap kerana hal berkenaan.
Jelas penyanyi berusia 22 tahun ini, sewaktu kejadian terjadi, dia dengan bapa dan adiknya sedang memancing di kolam berkenaan sebelum pihak berkuasa telah dating dan buat serbuan ke premis tersebut.
Katanya, sebenarnya premis itu ikut sop yang dibenarkan dan menjaga jarak, namun ketika itu hujan pula telah turun dan menyebabkan, ramai dilihat berkumpul ketika berlindung dari hujan. Ini komen Aiman Tino tentang hal itu.
“Saya memang rasa tergamam dan pelik kenapa pihak polis saman saya dan ayah serta para pengunjung yang lain. Kami semua masuk ke kawasan kolam itu ikut prosedur sop yang telah dibuat oleh pemilik kolam berkenaan.
“Semasa serbuan pihak polis, hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu para pengunjung teduh dalam sebuah bangsal dan sewaktu itu jumlah lebih dari 20 orang. Polis tak terima penjelasan dari pihak kami dan terus tulis kompaun kepada para pengunjung”
Tambahnya, bagi Aiman Tino yang patut kena kompaun ialah pengusaha kolam pancing dan bukannya para pengunjung.
Yang datang semuanya patuh peraturan iaitu amalkan jarak satu meter, pakai mask serta dah ada nombor giliran untuk memancing.
“Saya kesal disaman pihak polis bersama pengunjung lain”. Itulah luahan dari Aiman Tino.
Dalam pada itu, bapa kepada Aiman iaitu Yusri memberitahu, owner kolam pancing itu tak ada ketika serbuan dan hanya ada pekerja dari Bangladesh yang buat kerja di sana.
Bagi Yusri dia rasa teraniaya dengan hal ini kerana telah ikut semua prosedur.
“Kami memang kerap memancing di sini, hanya dua kilometer dari rumah dan tempat ini memang popular. Kami bukan sengaja langgar peraturan dan buat nak buat sebarang masalah”.
Kesemua yang kena kompaun hendaklah membayarnya sebelum tarikh 8 Jun akan datang.