Pelakon kecil molek iaitu Wan Sharmila telah pergi bercuti di negara matahari terbit iaitu Jepun.
Ketika dia sedang menikmati suasana negeri Osaka di Jepun, Wan Sharmila ada berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan peminatnya di laman Instagram.
Ternyata perkongsian gambar terkini dirinya di negara berkenaan membuatkan ramai yang terpeson dan terpaku melihatnya yang tampil berhijab, memakai tudung. Memang cantik dan ayu orangnya.
Wan Sharmila yang kini dah masuk 38 tahun, memebritahu, dia memang dah lama ada simpan impian untuk membuat anjakan paradigm buat dirinya dengan memakai hijab dan menutup aurat.
Dan akhirnya sempena menyambut hari jadi ke 38 tahun pada tarikh 12 Oktober yang lepas, Wan Sharmila mula memakai tudung.
Kata Wan Sharmila lagi, memang dia sedang sedaya upaya untuk terus kekal dan terus istiqamah dalam penghijarahannya ini dan dia harap semua orang doakannya.
Ditanya tentang mula-mula bertudung, Wan Sharmila memberitahu dia memang rasa cuak dan tak ada upload gambar bertudung, tetapi akhirnya dia kuatkan diri dan terus bertekad.
Ini komen dari pelakon cantik ini:
Dalam pada itu, Wan Sharmila akui dia muncul berhijab dalam beberapa drama sebenarnya kerana dia yang minta untuk tampil bertudung. Ketika berlakon, dia cuba nak berlajar bertudung.
Setelah buat pengumuman untuk bertudung, Wan Sharmila jelaskan bahawa dia tak asa rasa khuatir tentang job tawaran berlakon malah dia percaya rezekinya akan lebih banyak selepas ini.
Wan Sharmila juga amat gembira dengan penerimaan semua orang da nada teman rapat nya yang sampai mengalir air mata apabila tahu dia dah berhijrah.
Tahniah buat Wan Sharmila, semoga pelakon ini akan terus sukses dalam segala usaha yang akan dibuat olehnya.