Cliff Umar dah menang Gegar Vaganza musim ketujuh, persembahan dan nyanyian memang mantap dan semuanya nampak seperti malam yang cukup indah dan perfect buat penyanyi ini.
Namun ketika diumumkan sebagai juara, ada sesuatu yang berlaku ketika ucapannya yang membuat segelintir penonton terkejut dan terkesima. Ini berlaku ketika Cliff Umar diminta untuk beri sedikit ucapan.
Sebelum beri ucapan, Cliff Umar ada meminta untuk membuka face shiled yang dipakai olehnya untuk mengikut standar of procedure, yang mana diwajib memakai mask atau penutup muka ketika berada di tempat awam dan orang ramai.
Namun ayat dan perkataan yang digunakan oleh Cliff Umar membuat sesetengah netizen kurang gemar.
Ketika itu, Cliff berkata: “Boleh tak gua nak buka tak benda ni (face shield), pasal sop tapi irritating gila pakai benda tu”.
Hanya kerana ayat berkenaan, netizen mengatakan patutnya tak perlu Cliff Umar bercakap sedemikian apatah lagi secara live yang ditonton jutaan orang. Ini antara komen netizen dari laman Ig Gegar Vaganza Official.
Jizanlykl: “Tidak kisah siapa menang. Namun apabila ada cakap words ‘so irritating’ time live, memang tidak patut berlaku. Kena lebih sensitive. Tapi apa pun tahniah”.
Seorang netizen menggunakan nama Bossyuk pula komen: “Tulah ingatkan saya seorang yang dengar, macam tak hormat KKM”.
Ini pula pendapat Rafidah: “Yes, mulanya suka dia jadi pemenang, sebab suka suara dan nampak bersemangat. Tapi rasanya memang tak patut cakap seperti tu. Mungkin dia excited sangat. Rasa dia kena mohon maaf selepas ini. Kena amik pengajaran”.
Ada beberapa netizen cuba mempertahankan dan mengatakan itu tindakan spontan yang tak disengajakan.
Apapun itulah antara pandangan dari netizen, yang penting semua kena ikuti arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kementerian kesihatan agar wabak dapat dihentikan.