Tayang wajah anak Tok Ti, Asyraf Khalid dilabel nak cari publisiti

3,966 views

Penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua pagi semalam.

Kehadiran baby boy, baby kedua Siti Nurhaliza sudah tentu diraikan ahli keluarganya.

Akan tetapi ada juga cerita yang tak sedap didengari terjadi.

Ini apabila Asyraf Khalid, anak tiri Siti Nurhaliza, terlebih dahulu post gambar baby boy berkenaan. Lebih awal dari Siti Nurhaliza sendiri.

Ini sekaligus membuatkan Asyraf Khalid dan isterinya iaitu Tya Ariffin menerima kritikan, sampai ada yang kata sengaja yang ambil perhatian.

Dari laporan portal mStar, isu ini telah dibahaskan di laman media sosial Twitter sejak semalam.

Ramai berpendapat sepatutnya, biarlah Siti Nurhaliza yang terlebih dulu tayang wajah anaknya.

Seorang pengguna Twitter bernama Aimimiloma ada meluahkan hal ini dan menyatakan Asyraf seperti mengejar perhatian. Ini tulisannya.

Sumpah saya rasa Asyraf ni seperti tak beberapa beradab. Ianya common sense untuk kamu tak upload gambar baby baru lahir di laman media sosial. Tak kisahlah adik tiri ke adik kandung ke. Tok Ti pun tak upload lagi.”

Lepas tu boleh pulak buat video di channel milik Tya (isteri Asyraf). Tumpang cari perhatian ke ni.”

Dalam pada itu Asyraf dilihat ada memberi jawapan berkenaan isu meminta kebenaran untuk post wajah adik barunya itu.

Menjawa satu soalan di laman IG miliknya, Asyraf mengatakan dia sudah meminta izin dari bapanya, Datuk Seri Khalid, untuk post gambar berkenaan.

Ini soalan dari seorang followernya: “Dato Siti okey ke post gambar baby dia ni, mostly mom sensitive bab tayang wajah anak.”

Asyraf menjawab: “Saya telah pun mohon kebenaran dan izin dari bapa saya sebelum saya nak post gambar ni.”

Diimbas kembali, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan second baby, anak lelaki secara pembedahan  sekitar jam 6 pagi semalam.