TERKINI: Sajat dibawa keluar dari Mekah, kini di Madinah

6,127 views

Syarikat pengurusan umrah yang bertanggungjawab bawa keluarga dan rakan-rakan Nur Sajat atau nama penuh melalui kad pengenalan iaitu Muhammad Sajad Kamaruzzaman, ke Tanah Suci Mekah untuk tunai ibadah umrah, dikatakan kesemua mereka sudah pun tidak lagi berada di sana.

Kini memang tengah hangat di laman media sosial apabila berberapa video yang berdurasi pendek menunjukan bahawa Sajat serta rakan-rakannya telah memakai telekong malah menunaikan solat diruangan wanita, walhal diragui mereka adalah wanita.

Akibat daripada video tersebut menjadi viral, ia telah mengundang kemarahan warga netizen kerana Sajat didakwa seakan telah mempermainkan agama, apatah lagi rakan-rakannya itu memang jelas bukanlah wanita.

Menurut wakil daripada agensi berkenaan iaitu Albayt Travel (M) Sdn Bhd, pihaknya tampil memberi kenyataan bahwa pihak mereka telah membuat tindakan susulan apabila terpalit dengan kontroversi tersebut.

Kenyataan daripada pihak agensi berkenaan:

 “Kami telahpun minta mutawwif yg bawa rombongan Sajadt seramai 10 orang (termasuk mutawwif) untuk keluar dr kota Mekah. Mereka kini telah dibawa utk sesi lawatan di sekitar kota Madinah pula.

“Sebenarnya, sehingga kini, mmg agak sukar nak dapat kerjasama dari Sajat kerana perbincangn lebih byk dibuat menerusi pembantu peribadi Sajat sahaja”

“Setakat ini, Sajat dilihat hanya jawab utk minta tgu sampailah dia kembali ke tanah air.

“Phk kami terutama mutawwif ada cuba untuk contact dgn ibu bapa Sajat, sebab hanya mereka keluarga terdekat sahaja yang tahu status jantinanya.

“Namun begitu, ibu bapa kepada Sajat juga dilihat agak sukar diajak berbincang”

Jelas agensi Albayt Travel dia telah mengarahkan supaya Sajat untuk minta maaf terhadap semua umat islam kerana video dia yang telah memakai pakaian berupa wanita di tanah suci.

Menurut satu dakwaan bahawa usahawan kosmetik ini telah pun dia berkas oleh pihak polis Arab Saudi, bagaimana pun sampai kini, masih belum mendapat pengesahan lanjut.

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan akan bertemu dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan kesahihan lanjut berkenaan jantina sebenar Sajat setelah kes ini menajdi bualan hangat.