Terungkai sudah, Toyota Yaris Kansai bukan milik Pekin Ibrahim “Hanya duta saja”

3,722 views

Baru-baru ini pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim ada membuat satu video menyatakan kereta Toyota GR Yaris Kansai telah terlibat dengan satu kemalangan. 

Dari kemalangan itu, sampai terbalik kereta dan dah memang total loss. 

Ketika insiden terjadi, Pekin Ibrahim memberitahu, bukdan dirinya yang memandu kereta berkenaan, tetapi sebaliknya dipandu oleh rakannya. 

Hari ini, ada satu lagi perkembangan tentang kereta berkenaan. 

Melalui satu kenyataan di laman Facebook, D One Motorsports, syarikat berkenaan akhirnya mendedahkan bahawa kereta limited edition itu bukan dimiliki oleh Pekin. 

Sebaliknya, kereta Toyota GR Yaris Kansai itu adalah milik syarikat berkenaan. 

D One Motorsports turut mendedahkan geran pemilikan serta bukti bahawa kereta berkenaan dimiliki oleh pengarah syarikat berkenaan iaitu Puan Asnina. 

Dari kenyataan syarikat tersebut, Pekin Ibrahim sebenarnya telah dipilih sebagai duta untuk menunjukkan kereta berkenaan, yang dibawa masuk dan dibeli oleh D One Motorsports dari Jepun. 

Ini kenyataan dari pihak D One Motorsports tentang pemilikan kereta Toyota GR Yaris Kansai. 

“Pekin Ibrahim merupakan duta untuk mempromosikan syarikat D One Motorsports di laman media sosial.” 

“Pemilik kenderaan ini ialah pengarah syarikat iaitu Puan Anina.” 

“Tiada sebarang pembayaran atau sebarang dokumen dari pihak Pekin. Pelakon berkenaan hanya ada menunjukkan minat saja untuk memiliki kereta berkenaan.” 

Ini kenyataan penuh dari syarikat kereta ini. 

Dalam masa yang sama, akhirnya Pekin Ibrahim sendiri membuka mulut. 

Pelakon berumur 41 tahun ini mengakui hal ini, bahawa kereta berkenaan dimiliki oleh pemilik D One Motorsports iaitu abang Haris di atas nama isterinya iaitu Puan Anina. 

Kata Pekin Ibrahim, dia hanya ada bercakap bahawa ada minat untuk membeli kereta berkenaan, namun tidak kesampaian. 

Ini kenyataan dari Pekin Ibrahim tentang isu ini. 

Kata Pekin Ibrahim, harapnya semua jelas dengan penjelasannya itu. Apapun, kemalangan kereta Toyota Yaris GT Kansai ini masih lagi disiasat.