“Kalau dua-dua lantang, tunggang terbalik jadinya ABPBH”

2,991 views

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 akan dilangsungkan tidak lama lagi. 

Dua host yang terpilih untuk menjadi pengacara di rancangan ini ialah pengacara Melodi, Ain Edruce dan juga penyampai radio Hot Fm iaitu Johan Raja Lawak. 

Buat pertama kalinya, kedua pengacara ini akan berganding di atas pentas sebagai host utama untuk anugerah berprestij ini. 

Kata Ain Edruce, dia akan memberi kerjasama yang baik dengan Johan untuk mewujudkan chemistry di antara mereka. 

Sungguhpun ramai yang risau kerana kedua mereka agak loud, namun bagi Ain, dia pun sedar akan hal itu, oleh itu Ain akan cuba serasikan dirinya dan menjadi lebih slow. 

“Di ABPBH, antara yang penting ramai nak lihat ialah persembahan dan juga pengacara. Kami berdua akan buat persiapan rapi dan minggu ini pun kami dah mula sesi baca skrip.” 

“Kami akan mencuba untuk bina keserasian dan beri idea-idea best dan menarik.”  

“Orang kat luar semua pun tahu yang saya ini seorang yang sangat lantang dan tidak semua orang boleh terima hal berkenaan, malah Johan pun sama macam saya.”  

“Oleh itu, saya akan mainkan peranan yang lebih rendah sikit. Jika kedua-duanya terus lantang, takut tunggang terbalik je ABPBH nanti. Di majlis ni, Johan bakal membawakan peranan yang sangat penting.” 

Kata Ain Edruce dia memang tak sabar nak berganding dengan Johan.   

“Saya begitu teruja dapat bergandingan dengan Johan. Dia ni idola saya dalam industri komedi.” 

Selain itu, Ain Edruce juga amat bersyukur kerana telah terpilih sebagai hos ABPBH edisi kali ini. 

Baginya ini antara pencapaian terbesarnya sebagai pengacara.  

“Saya amat bersyukur. Dah lama saya nantikan peluang jadi pengacara di majlis anugerah besar macam ni.” 

“Terima kasih kepada pihak TV3 sebab beri kepercayaan pada bakat saya. Peluang ni saya akan manfaatkan.” 

“Ini memang satu pencapaian terbesar dalam kerjaya saya. Pengacara wanita di Malaysia ini tak ramai sangat, dan bila saya tengok rakan artis di TV, saya ada tertanya bila agaknya saya ada peluang macam mereka.”  

“Akhirnya saya dapat juga realisasikan hasrat itu di pentas ABPBH ke-35 ini.”  

Ain Edruce dan Johan akan jadi pengacara utama untuk ABPBH 35 pada 21 Julai ini dan dibantu oleh Erra Fazira, Riena Diana dan juga Imran Aqil.