Ucapan Engku Emran kepada Erra Fazira jadi tumpuan, netizen setuju mereka kembali bersama

3,736 views

Pelakon dan pengacara terkenal iaitu Erra Fazira kini sudah pun menyambut hari kelahiran yang ke 47 pada 9 Februari yang lalu.

Sempena hari lahirnya itu, bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran ada membuat satu ucapan khas kepada ex-wife nya itu.

Sungguhpun mereka sudah berpisah, namun Erra Fazira dan Engku Emran masih berhubung dan berkomunikasi.

Ini demi memastikan kebahagiaan anak tunggal mereka iaitu Engku Aleesya.

Melalui laman Instagram di bahagian Ig story, Engku Emran telah muatnaik gambar Erra Fazira bersama Aleesya dan menulis ucapan selamat hari lahir kepada Erra Fazira.

Ini ucapan dari Engku Emran: “Wahai kesayangan ayah iaitu Aleesya. Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran ibu awak. Dia merupakan wanita yang terpenting dalam hidup awak. Semoga tuhan akan sentiasa memberi rahmat kepadanya di ruang syurga paling tinggi. Amin.”

Melihat respon netizen, ada yang menyambut baik setelah melihat hubungan bekas suami isteri ini masih baik.

Ada juga netizen yang menulis komen dan mengatakan bagus juga sekiranya mereka kembali bersatu, apatah lagi demi anak mereka.

Ini komen netizen bernama Pauline Jimmy: “Erra, saya sokong sekiranya kamu berdua kembali bersama. Buanglah hal yang keruh dan lebih baik ambil yang jernih, insyaAllah akan bahagia ke akhir hayat. Belajarlah daripada kesilapan.”

Selain itu, berita ucapakan dari Engku Emran ini turut mendapat perhatian dari negara Indonesia, maklumlah Engku Emran merupakan bekas suami kepada selbriti terkenal Laudia Cynthia Bella. Portal di negara Indonesia menulis artikel bahawa bekas suami Bella ini masih baik dengan Erra Fazira.

Untuk info, Engku Emran menikahi Erra Fazira pada tarikh 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014. Sepanjaang perkahwinan ini, mereka dikurniakan dengan kehadiran seorang anak perempuan Engku Aleesya kini sudah berumur 11 tahun.

Engku Emran pernah berkahwin dengan Laudia Cynthia Bella pada tahun 2017 namun ianya turut berakhir dengan perpisahan tahun lalu.

Erra Fazira pula pernah berkahwin dengan Yusry Kru, suaminya yang pertama, namun tidak mempunyai anak.