Perkahwinan selama lebih kurang tiga tahun, akhirnya Fattah Amin dan Fazura kini tidak lagi berdua. Pada tarikh 2 Oktober 2020, pasangan popular ini menerima kehadiran anak sulung mereka, seorang baby girl.
Selepas bersalin, Fazura meminta semua pihak bersabar dan dia dan suami hanya akan tayang wajah baby sulung mereka itu setelah tujuh hari umur baby.
Pada hari ini, setelah tujuh hari, Fazura menunaikan janjinya dan telahpun tayang wajah anaknya itu.
Fazura turut mendedahkan bahawa nama anaknya yag telah dipilih bersama Fattah Amin ialah Fatima.
Satu video telah dimuatnaik melalui satu laman IG dengan nama fattzuralovelife. Ini captionnya.
“Salam semua. Dah genap 7 hari saya lahirkan di dunia ini iaitu pada hari Jumaat bersamaan 2 hari bulan Oktober tahun 2020.
“Nama saya yang dipilih ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima kini dah umur satu minggu hari ni namun dady and mumy kata Fatima masih muda lagi untuk ditayang kat media sosial.
“Apapun, Fatima tahu, ramai yang sentiasa doa Fatima. Amat bersyukur sangat kepada semua. Jutaan terima kasih yang tak terhingga. Fatima tak sabar nak jumpa apabila dady dan mumy kata Fatima dah sedia”.
Ini video yang dimuatnaik di sebuah laman IG.
Di ruangan komen rata-rata memuji kecomelan baby pasangan popular ini. Memang ramai yang tak sabra nak tengok wajah Fatima dengan lebih jelas.
Kita tunggu sahaja perkongsian gambar dan lagi banyak video dari Fazura dan juga Fattah Amin nanti.
Fattah Amin dan Fazura bernikah pada tahun 2017 di sebuah hotel terkemuka tanah air. Sejak berkahwin, pasangan ini sering jadi tumpuan ramai kerana sentiasa sweet selalu. Dengan kehadiran baby ini, diharap Fatima akan terus menceriakan dan menambah kasih sayang antara Fazura dan Fattah.