“Yasin berubahlah..”

4,534 views

Kisah Yasin Sulaiman sememangnya mendapat perhatin banyak pihak. Sebagai salah seorang penyanyi bergenre nasyid dan juga ketuhanan, kisah yang melanda Yasin ini turut membuatkan kumpulan nasyid lain memberi pandangan masing-masing.

Memang ramai yang terus memberi sokongan dan juga kata-kata semangat kepada Yasin Sulaiman. Antara yang turut memberi pandagan islah kumpulan Rabbani.

Menerusi laporan Kosmo, bagi kumpulan Rabbani, kes yang melanda Yasin ini merupakan satu ujian getir buat penyanyi berumur 47 tahun itu.

Salah seorang ahli yang juga ketua kumpulan Rabbani iaitu Azadan, telah Yasin Sulaiman akan reda jalani dugaan berkenaan agar dapat menajdi insan yang lebih baik.

Azadan menyatakan ianya satu permulaan untuk mengubah diri dan keluar daripada situasi yang mendatangkan kememudaratan.

“Untuk sahabat kami yang sedang diuji Yasin, percayalah bahawa, dugaan yang anda sedang terima ini merupakan satu permulaan untuk menjadi kepada yang lebih baik.”

“Terimalah ujian ini dengan penuh reda, orang kata teruslah berubah, panggillah doktor sekali pun, penceramah hebat macam mana sekalipun, semua mereka tu tak akan dapat ubah diri kita, melainkan diri kita ni sendiri.”

Azadan turut meberi nasihat kepad orang diluar sana dalam berhati-hati semasa berkata atau memberi komen.

“Kepada netizen pula, kena ingat bahawa setiap perkataan kita keluarkan, jika ada memberi kesan sampai orang lain tak suka lagu nasihat atau ketuhanan, itu akan jadi saham yang tidak baik.”

“Jangan kerana perkataan dan kata-kata, kita boleh terjerumus kedalam perkara yang tak baik, jika rasa diam itu lebih baik, maka berdiam sahajalah dan berdoa.”

Azadan akui Rabbani juga jadi sasaran beberapa pihak setelah kes Yasin diketahui umum.

“Respon mereka adalah merasa kasihan dan bukannya ada yang kata padan muka, kami pun fikir, kita ini hanya manusia biasa dan tak lari dari buat kesilapan.”

“Cuma dia seorang artis, kami ni pun artis, malah akhir-akhirnya ini orang biasa pun jadi tular, jadi bila berlaku sesuatu itu jangan pandang secara keseluruhan, ininya kisah individu tersebut saja.”

Itulah komen dari Azadan dari kumpulan Rabbani seperti yang dilaporkan portal Kosmo.