“Ayu Raudhah memang suka mempunyai anak-anak yang ramai, meriah katanya”

2,568 views

Pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, pemain bola sepak Zaquan Adha antara pasangan selebriti yang terkenal di tanah air kita ni.

Ayu Raudhah yang merupakan adik kepada Rozita Che Wan atau Che Ta, telah bernikah dengan Zaquan Adha, pada tahun 2011.

Untuk pengetahuan, Zaquan Adha merupakan adik kembar kepada captain bola sepak Malaysia iaitu Aidil Zafuan.

Sejak berkahwin pada tahun 2011, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha telah dikurniakan rezeki mempunyai anak yang agak ramai juga.

Mereka berdua mempunyai 5 orang anak sepanjang 11 tahun perkahwinan. Empat orang lelaki dan seorang anak perempuan.

Ditanya tentang jumlah anak yang ramai, Ayu Raudhah akui dia memang gembira mempunyai anak yang ramai. Bagi Ayu, dia memang bahagia mempunyai anak ramai.

“Saya memang letak family sebagai keutamaan. Saya amat gembira dengan anak-anak yang ramai. Kami berdua pun memang lahir dan dibesarkan dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Saya ada tujuh orang adik beradik. Saya okey dan memang dah biasa.”

“Semua cakap, nak kami nak anak satu team bola sepak. Sebenarnya kami berdua tak ada target pun. Patut dah tujuh orang, namun tak ada rezeki, dua dah gugur, jadi sekarang ada lima anak.”

Dalam pada itu, Zaquan Adha turut gembira dan happy mempunyai anak yang ramai. Zaquan juga mempunyai tujuh orang adik beradik.

Saya suka nombor lapan.” Seloroh Zaquan tentang jumlah bilangan anak.

“Memang saya pun dah biasa, saya juga mempunyai tujuh adik beradik ada abang dan kakak. Tentang anak kami, mulanya dapat anak sulung, lepas tu cari kawan untuk anak pertama, lepas tu cari anak perempuan pula.”

“Lepas tu dapat dua lagi anak lelaki. Mungkin lepas ni nak dapat anak perempuan pula.”

“Bagi saya, bukan saja jumlah anak ramai, tapi saya juga mahu anak-anak rapat antara satu sama lain.”

“Biarlah bila dah tua nanti, tinggal berdua dengan Ayu, tapi bila mereka balik rumah, nanti akan jadi meriah. Bila ada adik beradik ramai ni, family memang meriah.”

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah juga berkata mereka memangsaling bekerjasama dalam menjaga dan mengasuh kesemua anak-anak mereka.