10 FOTO: Sekitar majlis pernikahan Intan Liana Salleh, dah selamat bernikah semalam

23,487 views

Ini sedikit update dan perkembangan terkini tentang Intan Liana Salleh iaitu bekas madu Izreen Azminda.

Menerusi dua buah video yang dimuat naik di laman IG miliknya, Intan Liana kini sah sudah pun berkahwin sekali lagi semalam.

Dari video berkenaan, nama jejaka yang kini bergelar suami kepada Intan Liana ialah Aizam Yahya.

Sebelum akad nikah, Intan Liana diiringi dua orang anak lelakinya iaitu Arish dan Ariq, untuk duduk di atas pelamin.

Kemudian pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa kepada Intan, dan dengan hanya sekali lafas saja, pasangan ini selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Kedua mempelai ini secocok, memakai baju pengantin berwana peach atau coklat cair, temasuklah anak-anak Intan Liana, memang cantik sekali warna yang dipilih.

Selepas akad nikah, Intan Liana dilihat tak dapat menahan sebak dan sayu lantas mengalirkan air mata.

Kemudian diadakan sesi menyarung cincin di atas pelamin sambil disaksikan para pengunjung. Majlis meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan terdekat saja.

Antara yang hadir ialah isteri kepada penari terkenal Alam Wakaka, iaitu Alisya Najwa, yang mana dia mempunyai pertalian darah dengan Intan Liana. Intan merupakan Mak Su kepada Alisya.

Ini ucapan dari Alisya Najwa kepada Intan: “Cantik sangat Mak Su, syukur adik happy sangat tengok Mak Su. Semoga berkekalan bahagia sampai ke jannah. Intan Liana dan Aizam Yahya.”

Seorang lagi yang dilihat hadir ke majlis pernikahan ini ialah youtuber tersohor, Alieff Irfan dan isteri Bella.

Ini ucapan dari Bella: “Alhamdulillah Maksu jumpa the right one. I am happy for you Maksu. Kepada Paksu baru, tolong jaga Maksu elok-elok tau, saya gembira tengok kamu berdua.”

Antara yang hadir, Alief Irfan dan isteri serta Alam Wakaka dan isteri

Tahniah diucapkan kepada Intan Liana dan suaminya Aizam Yahya. Semoga berbahagia.