Rumah dua tingkat Ebby Yus musnah sekelip mata dihanyutkan banjir

13,804 views

Ebby Yus telah diduga sekali lagi, kali ini melibatkan nilai kerugian ratusan ribu Ringgit. Ini apabila rumahnay yang sedang dalam pembianaan telah dihanyutkan air banjir yang melanda.

Pelakon berumur 56 tahun itu menyatakan dia kerugian lebih kurang RM200 ribu apabila rumah yang sedang dibina di Kuala Langat telah hanyut.

Namun, Ebby masih lagi bersyukur kerana dia terselamat dan masih lagi hidup.

“Sejam sebelum banjir melanda, saya ada dalam rumah tersebut. Masa tu datang untuk tengok dan tinjau kerja-kerja pasang wall paper dinding rumah.”

“Kemudian saya dapat call, dan nak pergi buat agihan bantuan di Kapar, Klang dan terus pergi tinggalkan kawasan rumah.”

“Tak lama kemudian, kontraktor pula contact saya dan telah maklumkan banjir berlaku dan stuktur rumah jadi semakin senget kerana air yang deras.”

“Ada tiga orang pekerja yang sedang buat rumah saya. Mereka jadi panik sebab banjir amat pantas dan saya terus minta mereka lari dan selamatkan diri dulu. Memang nyawa adalah jadi keutamaan.”

Tentang rumah, Ebby memberitahu dia sedang bina rumah dua tingkat dan sedang dalam pembinaan sejak empat tahun lepas.

Banyak yang tertangguh dek kerana perintah kawalan pergerakkan dan sebelum itu, Ebby Yus ada jatuh sakit.

“Mulanya saya beli tanah di Kuala Langat itu dengan abang saya, enam tahun lepas. Saya mahu buat rumah sendiri hasil titik peluh jadi anak seni.”

“Proses pembinaan rumah yang dijalankan semula saya bermula tahun lalu namun memang selalu tergendala sebab adanya Perintah Kawalan Pergerakan. Sebab itulah ia ambil masa nak disiapkan.”

“Kalau ikutkan, lagi sikit nak siap, tinggal 10 peratus saja lagi nak siap. Plan awal ialah saya dapat duduk dan masuk di bulan Januari tahun 2022, tetapi ternyata hasrat tak kesampaian.”

“Bagaimanapun, sebenarnya hanya tinggal 10 peratus saja lagi nak siap dan saya pun dah merancang dapat masuk ke rumah baharu berkenaan pada Januari 2022 ini, namun hasrat saya tidak kesampaian.

“Memang dah tertulis dari Illahi bahawa rumah itu bukan rezeki untuk saya, saya redha saja, Allah pentadbir seluruh alam.”

Ini gambar rumah sebelum banjir melanda. Dalam pembinaan.

Rumah dalam proses pembinaan

Ini pula video, selepas banjir melanda. Rumah sudah lenyap.

Ketika ini, Ebby Yus masih lagi menyewa di sebuah rumah di Kampung Baru sejak 20 tahun yang lepas. Semoga Ebby Yus akan bertabah.