(15 Foto) Siti Sarah selamat dikebumikan sebentar tadi, alhamdulillah semua lancar

5,311 views

Siti Sarah kini telahpun selamat disemadikan di tanah perkuburan di Gombak sekitar jam 1 setengah petang sebentar tadi.

Allahyarham Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak setelah semua urusan nya di hospital HUKM selesai.

Shuib dilihat hadir untuk menguruskan jenazah isterinya itu pagi tadi dan semuanya selesai kira-kira jam 11 lebih pagi tadi.

Ini ada beberapa keping gambar sekitar urusan ketika pengurusan jenazah Siti Sarah binti Raisuddin.

Ketika dikebumikan, begitu banyak pihak yang hadir dan ini termausk pihak media dan petugas yang hadir. Ada juga rakan artis yang datang untuk beri penghormatan terakhir.

Kesemua mereka diminta untuk mengikut SOP dan diingatkan untuk menjaga penjarakkan sosial, malah pihak polis juga hadir untuk menjaga kelancaran proses pengebumina Siti Sarah.

Sebelum itu, Shuib telah pun diberi kebenaran untuk lakukan solat jenazah buat Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.

Penyelaras yang membuat urusan jenazah di HUKM, iaitu Ustaz Mohd Sanusi Mustafa berkata, bagaimanapun Shuib dan ada beberapa ahli family nya diwajibkan memakai peralatan perlindungan diri atau PPE semasa proses solat jenazah dibuat.

Shuib ada menyatakan kesyukuran kerana dapat solatkan Allahyarham isterinya dan kemudian bersyukur isterinya dapat dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ibunya.

Untuk info, Siti Sarah, disahkan mengehmbuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5:13 pagi isnin bersamaan 9 Ogos di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM akibat komplikasi dair serangan Covid, yang dialaminya sejak hujung bulan Julai lepas.

Siti Sarah meninggalkan empat orang cahaya mata termasuk baby yang baru dilahirkan secara pembedahan beberapa hari yang lepas.

Sama-sama kita doakan agar allahyarham Siti Sarah ditempatkan dikalangan orang yang beriman, insyaAllah.