“Bidadari syurga saya pergi buat selamanya” Ini kenyataan Shuib

1,984 views

Hari ini satu berita duka telah diterima tentang penyanyi Siti Sarah. Shuib Sepahtu telah mengesahkan bahawa isterinya itu telah disahkan disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), sekitar pukul 5.13 awal pagi ini hari Isnin bersamaan 9 Ogos. Menerusi satu entry di laman Instagram, ini kenyataan dari Shuib Sepahtu.

Pada jam 5, 13 minit pagi pada tarikh 9 Ogos, bidadari syurga saya telahpun meinggalkan saya dan pergi buat selamanya. Mohon sedekah Al fatihah buat Siti Sarah Raisuddin.

Sementara itu, pihak yang menguruskan Siti Sarah iaitu Indigital Music turut membuat sau statement tentang hal ini.

Dengan rasa berat hati dan dukacita, pihak kami ingin memaklumkan bahawa Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi HUKM. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus berdoa dan bagi sokongan kepadanya sejak masuk ke hospital beberapa hari yang lalu.

Berita pemergian Siti Sarah ini membuatkan ramai yang sebak termasuklah rakan artis, yang rata-rata mengutuskan doa buat Siti Sarah.

Ini komen dari Lisa Surihani: “Inalilah, allahyarhamah Siti Sarah binti Raissuddin, telahpun pulang ke Rahmatullah pada pukul 5,13am. Semoga Sarah akan dikurniakan syahid, serta ditempatkan dengan golongan yang tinggi darjat keimanannya. Kepada Shuib Sepahtu dan family, salam takziah dari kami sekeluarga. Semoga Allah akan kurniakan keredhaan dan kesejahteraan untuk kalian melalui waktu yang sukar dan sedih ini.

Pelakon Uqasha Senrose menulis: “Innalillahhiwainnalillahirajiun. Salam takziah kepada abang Shuibsepahtu dan anak-anak. Ya allah berita yang sangat mengejutkan, Kak Sarah, arwah orang yang sangat baik. Ya Allah it is hard for me to accept this. Kak Sarah janji nak nyanyi untuk wedding Sha nanti. Subahanallah semoga rohnya akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman amin. You will be missed Kak Sarah. Al fatihah.

Eina Azman juga ada menulis: “Sedih dan terkejut sangat dengan berita pemergian kak Siti Sarah. Kak Sarah haritu baru mesej Eina nak jadikan Eina sebagai face of Ratasya. Patut nak jumpa after perintah kawalan pergerakkaan, tetapi Allah lebih sayang kan akak. Insyallah syurga buat mu kak. Mari kita doakan.

Siti Sarah dan Shuib disahkan positif Covid-19 pada tarikh 27 Julai yang lalu, sebelum dikerjarkan ke hospital kerana paras oksigen yang tak stabil. Pasangan ini berkahwin pada 26 Februari 2011 dan mempunyai empat orang anak termasuk seorang baby lelaki yang baru dilahirkan pada hari Jumaat lalu.