Akhirnya detik yang dinantikan ramai telah pun tiba. Neelofa akhirnya dah pun tayang wajah anak sulungnya iaitu baby Bilal kepada khalayak dan tatapan umum pada hari ini bersamaan 11 Oktober 2022.
Neelofa telah muatnaik satu video yang memaparkan lebih kurang koleksi 30 keping gambar dan video anaknya dalam satu video.
Iringan zikir kepada Illahi telah diletakkan di latar belakang bunyi video berkenaan.
Sebanyak 30 foto telah kami kepilkan di sini untuk tatapan semua, inilah wajah baby Bilal, yang kini berumur 10 bulan, yang teramat comel ini.
Di ruangan caption, Neelofa menulis ungkapan khas buat anaknya itu. Rasa sayang dan cinta Neelofa terhadap anak sulungnya itu.
Ini nukilan hati Neelofa.
“Cinta dan sayang pada anakku bernama Bilal. Ianya merupakan antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dunia dan hidup ummi ini.”
“Tak ada apa yang lebih meremukkan hati selain anak ummi ini disakiti, dah tentu semua ibu ada rasa kasih dan cinta pada anak mereka apatah lagi semasa mereka ini masih lagi kecil.”
“Bilal anak ummi tersayang, Allah dah menzahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah dengan amat sempurna.”
Neelofa amat bersyukur dengan kurniaan cahaya mata dari Illahi ini yang merupakan satu amanah palling berharga.
“Kalau kekayaan yang nak dibandingkan sudah tentu kamulah yang paling berharga buat ummi dan abah.”
“Tak ada hal yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu, ini merupakan hadiah dari Allah sebagai menyejukkan mata ummi ini.”
Ini wajah anak Neelofa, Bilal ketika ini, dah besar sikit, dah boleh merangkak.
Oleh itu dengan ini, dapatlah semua melihat sendiri wajah baby Bilal anak kepada Neelofa dan juga Pu Riz.
Bilal dilahirkan pada 29 Januari 2022 di sebuah pusat perubatan, hasil perkahwinan antara Neelofa dan Harris atau Pu Riz pada bulan Mac 2021.