“Edit muka anak saya, dah puas hati?” Neelofa terkilan orang edit wajah Bilal

2,639 views

Baru-baru ini wajah baby Bilal telah disebarkan oleh pihak yang terserempak dengan Neelofa, suami, Pu Riz dan anaknya, Bilal. 

Hal berkenaan berlaku ketika Neelofa membawa Bilal pergi ke sebuah pusat perubatan. 

Ada pihak yang ternampak dan mengambil foto mereka secara senyap-senyap dari jauh, dan kemudian telah muatnaiknya di laman media sosial. 

Bukan itu saja, ada juga pihak yang telah mempersenda foto Bilal yang mana mereka telah edit dengan meletakkan wajah individu lain. 

Mengedit dengan niat untuk bergurai itu nampaknya membuatkan Neelofa kecewa dan terkilan. 

“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas itu sebar gambar yang edit dan gambar tak betul itu.” 

“Lepas tu, da macam-macam orang komen tak baik kepada anak saya. Sudah berpuas hati. Tak tahu nak rasa apa dah, Allahuakbar.” 

Bagi Neelofa hal seperti ini memang langsung tak patut dilakukan. 

“Janganlah kita ni nak melampau dalam melakukan sesuatu hal, termasuklah nak ubah atau edit rupa paras anak kecil.” 

“Hal macam ini akan menimbulkan perlbagai kata kurang elok, dan juga fitnah yang dilemparkan.” 

Sebagai seorang ibu, Neelofa meminta orang ramai untuk menjaga perasaannya. 

“Minta tolong semua, agar dapat jaga sikit perasaan orang. Ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya sedang rasai ini.” 

Itulah komen dari Neelofa tentang ada pihak yang sering kali edit wajah anaknya dengan meletakkan wajah orang lain. 

Baru-baru ini, Neelofa berkata dia sebenarnya tak kisah jika orang terserempak dengan anaknya dan melihat baby Bilal, namun jangan sampai mengambil foto tanpa kebenaran apatah lagi menyebarkannya. 

Jelasnya, adalah lebih baik Neelofa dan Pu Riz, sebagai ibu dan bapa, yang muatnaik sendiri wajah anaknya itu setelah masa yang sesuai tiba kelak.