Ahli perniagaan yang pernah bergelar penyanyi dan pelakon, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah membuat kenyataan dengan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sepang.
Aliff Syukri membuat pengakuan berkenaan di atas empat pertuduhan atas dakwaan memuat naik inti kandungan yang dianggap sumbang pada bulan April lepas.
Pengakuan tersebut dibuat di depanHakim Ahmad Rizki Abdul Jalil selepas pertuduhan telahdibacakan kepadanya.
Selepas tak mengaku kesalahannya, pihak hakim telah menetapkan wang jaminan RM5000 untuk setiap pertuduhan dan menetapkan tarikh 25 November sebagai tarikh sebutan semula kes.
Untuk yang tertanya, kes apa yang ALiff Syukri di dakwan ini, ianya merupakan video dari Aliff Syukri sempena lagu rayanya tahun ini.
Ramai kurang senang dengan video dari Aliff Syukri dianggap keterlaluan aksi para penari latarnya yang tidak sesuai dengan adab dan budaya orang timur.
Lagu berjudul Klepok Raya itu dimuatnaik sekitar pertengahan bulan April tahun 2022.
Orang ramai benar-benar naik angin menonton video tersebut dan akhirnya ada yang buat report.
Aliff Syukri kemudian dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan dan kini telahpun didakwa melalui Akta Komunikasi dan Multimedia seksyen 233.
Jika disabitkan kesalahan, Aliff Syukri boleh dikenakan denda tak lebih RM50000.
Ketika pendakwaan pada hari ini, ada beberapa kejadian yang berlaku yang mana pihak peguam meminta hakim menimbang semula wang jaminan dengan mengurangkannya kepada RM1500 atas alasan kena tanggung isteri dan juga lime orang anak.
Selain itu, ada juga moment yang mana ada pegawai kepada Aliff Syukri telah ditegur oleh polis mahkamah disebabkan telah merakam menggunakan telefon pintar sebelum ianya telah dirampas.
Perbuatan berkenaan dianggap menghina pihak mahkamah dan hakim kemudian memberi amaran atas kejadian itu yang kemudiannya individu berkenaan terus meminta maaf.