5 Foto: Macam kembar, Abby Abadi dan Memey Suhaiza miliki kereta yang sama

3,338 views

Bekas penyanyi dari kumpulan Elite iaitu Abby Abadi mempunyai history denga pelakon Norman Hakim.

Mereka berdua ini pernah mendirikan rumah tangga namun perpisahan berlaku akhirnya.

Norman Hakim kemudian berkahwin dengan pelakon cantik Memey Suhaiza. Ini semua kisah lalu, dan kini hubungan antara Abby Abadi dengan keluarga Norman Hakim amat baik sekali.

Malah, hubungan antara Abby Abadi dengan Memey Suhaiza amat rapat sehingga dilabel kembar.

Mereka selalu keluar bersama, berjalan bersama dan kadangkala pergi shopping pun sama-sama, macam best friend forever.

Dan yang terbaru, kedua mereka ini telah memilih untuk memiliki kereta Toyota Vellfire yang mempunyai warna kereta yang sama.

Memang kereta berkenaan sama semuanya kecuali no plat sahaja yang berbeza.

Beberapa keping gambar kereta Toyota Vellfire milik Abby Abadi dan Memey Suhaiza telah dimuatnaik oleh kedua mereka setelah siap ditukar warnanya.

Ini tulis Abby Abadi: “Yes kereta dah sampai. Amat terbukti, citarasa mamami sama dulu kini dan selamanya”.

Memey Suhaiza pula menulis caption ini: “Yang ditunggu-tunggu telah sampai akhirnya. Teka warna ni warna apa? Cantik tak warna kereta ni. Mama mummy berdua ni kan kembar. Semua memang sama Cuma yang beza nombor plat kereta saja.”

Melihat di ruang komen, rata-rata memuji kemesraan antara Abby Abadi dan juga Memey Suhaiza.

Ada juga yang memuji kecantikkan warna kereta yang dipilih iaitu warna rose gold.

Untuk info, Abby Abadi dan Norman Hakim berpisah pada tahun 2018 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Abby Abadi kemudian berkahwin dengan jejaka muda bernama Farhan dan turut berakhir dengan perpisahan.

Pada tahun 2015, Abby Abadi akhiri zaman solo setelah bernikah buat kali ketiga dengan Faizal atau dikenali dengan nama Jai Ezzany.

Norman Hakim pula berkahwin dengan Memey Suhaiza dan telah dikurniakan tiga orang anak.