Foto: Intan Ladyana sah bergelar isteri kepada Harris Alif

2,395 views

Pelakon cantik Intan Ladyana selamat akhiri zaman bujangnya hari ini. Intan Ladyana kini sah bergelar isteri kepada pasangannya pelakon baru, Harris Alif.

Hanya dengan sekali lafaz kedua pasangan ini selamat diijabkabulkan pada pagi Jumaat.

Menerusi satu kenyataan, khabarnya kedua pasangan in bernikah di Pejabat Jabatan Agama islam Wilayah Kuala Lumpur sekitar jam 10 pagi tadi.

Majlis dihadiri oleh ahli family pasangan ini sahaja dengan mengikuti procedure serta SOP yang ditetapkan.

Dapat dilihat beberapa keping foto dimuatnaik. Majlis sesi pergambaran Intan Ladyana dan Harris Alif ini dilihat diadakan di Four Points KL Chinatown.

Intan Ladyana yang berumur 38 tahun memakai baju putih, amat cantik dan secocok dengan suaminya, Harris Alif, 21 tahun.

Intan Ladyana mengenakan busana putih dari Hatta Dolmat manakala baju pengantin lelaki dari Epul Senitravision.

Ini beberapa foto pasangan pengantin baru ini.

Harris Alif merupakan salah seorang peserta Ceria Popstar dan mula mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Pasangan ini mula berkenalan dan mengenali hati budi secara lebih serius pada tahun lalu. Sekitar bulan Julai, Harris dikatakan telah menghantar rombongan merisik.

Pada mulanya pasangan ini mahu memilih tarikh 6 Mac sempena anniversary mereka, namun PKP jadi halangan. Kemudian mereka memilih tarikh 6 Februari namun ianya diawal sehari dan jatuh pada hari ini bertarikh 5 Februari.

Tahniah diucapkan buat pasangan Intan Ladyana dan Harris Alif, selamat pengantin baru.