Siapa yang tak kenal dengan suami kepada pelakon popular Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz.
Anak kepada ahli parlimen ini memberitahu bahawa dia memang menerima tawaran untuk menerima gelaran datuk sebelum ini.
Namun, Nedim telah menyatakan bahawa dia menolak tawaran berkenaan.
Katanya, dia merasakan dirinya belum layak untuk menerima sebarang pingat sekaligus membawa gelaran datuk.
Menerusi satu entry di laman media, Nedim menulis pandangannya bahawa dia belum lagi banyak beri sumbangan kepada negara untuk bergelar sebagai seorang datuk.
Malah, Nedim turut memberi contoh Khairy Jamaluddin, sebagai seorang yang tak pandang akan gelaran, walhal dia memang banyak berjasa pada negara.
Ini tulisnya: “Jadilah seperti Khairy Jamaluddin atau KJ. Beliau ini relax saja tiada nak pegang sebagai title walaupaun bagi saya, dia memang deserves it. Dia amat layak berbanding banyak orang lain.”
“Saya akui telah menerima beberapa kali tawaran (untuk bergelar datuk) namun saya telah menolaknya. Bagi saya, belum lagi banyak yang saya buat untuk negara kita ini. Oleh itu saya sedar, saya memang belum layak lagi. Not even a little bit. Ukurlah badan kita sendiri.”
Diruangan komen rata-rata followernya setuju dengan statement berkenaan.
Danni Rais menulis: “Agreed. Otherwise orang akan terus pandang rendah dengan titles ni semua.”
Nadirah Othman pula menulis: “Someone with some sense on this specific matter.”
Seorang pengguna bernama Rose Nor turut bersetuju: “True, most of the really qualified and high statures need no title because we know what we are. Datukship now becomes a mockery and the value is negative save for one or two.”
Nedim merupakan anak kepada Ahli Parlimen kawasan Padang Rengas, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz dan berkahwin dengan Nora Danish pada tahun 2017.