7 Foto: Sekitar majlis nikah Syanie

4,339 views

Syanie kini sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya bernama Zahril. Pasangan ini diijabkabulkan di jabatan agama di Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi tadi.

Pelakon berumur 47 tahun ini telah berkenalan dengan Zahril yang merupakan financial consultant, selama satu tahun sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Ketika akad nikah, ianya dibuat mengikut prosedur operasi standard dan hanya dihadiri bapa, adik perempuannya dan juga abang kepada Zahril.

Jelas Syanie lagi, hanya mas kahwin diberikan ketika majlis akad nikah yang dibuat secara ringkas ekoran perintah kawalan pergerakkan.

“Tak ada wang hantaran diberikan, akan tetapi hanya mas kahwin diserahkan dalam bentuk gelang emas. Syukur alhamdulillah majlis akad nikah berlangsung seperti yang kami rancang.”

“Pada mulanya ingat nak buat majlis resepsi pada hari Ahad ini, tetapi telah ditunda kerana perintah kawalan pergerakkan.”

Sebelum ini Syanie pernah kecewa sebanyak dua kali di alam perkahwinan, namun pelakon ini terbuka untuk menerima Zahril yang dilihat amat ikhlas.

“Nampak keikhlasan dan kejujuran suami sekaligus telah membuka hati saya untuk kembali berkahwin. Sebenarnya Zahril mula dekati diri saya sejak tiga tahun lepas. Masa itu, saya tak ada terfikir nak berkenalan dengan sesiapa. Pengajaran yang saya lalui sebelum ini telah mematangkan saya.”

“Tetapi, dia amat bersungguh-sungguh nak memancing hati saya. Sekitar bulan Jun tahun lepas, dia ada suarakan isi hati kepada ibu saya untuk kahwini saya.”

“Dia seorang yang budiman dan dia lelaki pertama yang berani meluahkan hasrat nak kahwin dengan saya pada ibu.”

Syanie berkata Zahril juga pernah berkahwin sebelum ini namun tiada anak hasil perkahwinan yang lepas.

Ini beberapa keping foto penikahan antara Syanie dan juga suaminya itu.

Tahniah diucapkan kepada Syanie dan juga Zahril. Semoga bahagia hendaknya.