Komen Hannah Delisha selepas selamat bergelar isteri

2,404 views

Pelakon Hannah Delisha akhirnya memberi komen tentang pernikahannya yang berlangsung semalam dengan jejaka bernama Imam Shah di negara Singapore.

Hannah memulakan kenyataan dengan memohon kemaafan kerana dia memang kurang selesa untuk berbicara tentang kisah peribadi.

Oleh itu memang tidak pernah pelakon berusia 25 tahun ini memuatnaik gambar kekasih yang kini telah pun bergelar suaminya, di laman media sosial miliknya.

Jom baca komen dari Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina BlackburneBirch.

“Saya nak mohon maaf kerana saya  memang kurang selesa nak cerita tentang hal peribadi.”

“Syukur alhamdulillah saya amat gembira sebab semuanya berjalan lancar. Saya memang tidak pernah cerita yang saya bercinta selama ini. Sebabnya, biarlah kita sah dulu barulah kita nak kongsi. Kita dulukan perkara yang wajib. Itu yang lebih penting.”

Tentang bagaimana perkenalan mereka, Hannah memberitahu dia mula bertemu dengan Imam Shah ketika jalani penggambaran bersama lima tahun dulu.

“Saya jumpa dan berkenalan dengan Imam semasa kami berdua ada penggambaran drama bersiri berjudul Faculty di Singapura kirfa-kira lima tahun lepas.”

“Imam Shah ni seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar orangnya. Dia juga yang banyak dorong saya ke arah keagamaan. Sekarang ni diri saya adalah sedikit sebanyak hasil bimbingan Imam.”

“Saya harapkan semua orang dapat doakan kebahagiaan kami dan terus sokong kerjaya saya.”

Apabila ditanya tentang majlis resepsi dan apa rancangan seterusnya Hannah memberitahu semua masih belum boleh dinyatakan secara umum.

“Majlis bersanding atau resepi kami akan nyatakan kemudian. Insyaallah, kami hanya buat secara sederhana saja untuk family dan kawan-kawan.”

Berkenaan perkembangan karier Hannah Delisha selepas ini, pelakon dan penyanyi ini berkata dia akan lebih memilih untuk berlakon dan akan fokus pada nyanyian serta vlog dan akan ceburi bidang perniagaan.

“Saya sedang promosikan single terbaru iaitu Terlalu Mudah. Tentang berlakon, saya tak terus tinggalkan, cuma akan lebih memilih karya yang sesuai dengan penampilan saya sekarang ni.”

“Selain itu, saya akan cuba berniaga juga. Dalam rancangan, saya akan keluarkan rangkaian pakaian berjenama Delicia.”

Semoga sukses buat Hannah Delisha dan akan terus bahagia dengan suami tercinta.