Fiza tergamam, seorang VIP melamarnya jadi isteri

2,298 views

Telahpun tiga kali gagal dalam berumahtangga, Fiza Halim yang merupakan bekas penyanyi kumpulan Elite, akui dirinya telah dilamar sekali lagi.

Kali ini Fiza dilamar oleh seorang duda yang merupakan seorang VIP atau orang kenamaan.

Namun begitu, Fiza rasa serba salah sebab buat masa sekarang dia belum terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Sememangnya ketika dilamar, Fiza berkata dia tergamam.

Sejujurnya saya masih berkira-kira untuk mencari pengganti pasangan hidup. Saya kenalah fikir panjang tentang masa depan saya.

Siapa yang tak serik untuk nikah tetapi akhirnya berpisah. Sudah tiga kali saya lalui perkara ini, memang tak semua sanggup.

Memang ada rasa bimbang, kerana saya takut salah percaturan, tan nak dah lalui fasa sama. Berkahwin, ada anak dan kemudian kembali jadi janda. Minta simpang perkara itu berlaku lagi.

Nanti sekiranya hal ini berlaku lagi, orang akan mengata diri walaupun soal perpisahan ini adalah di luar kawalan saya.

Tentang VIP yang melamarnya, jejak berkenaan berumur 50 tahun dan merupakan seorang ahli perniagaan.

Ogos bulan depan, umur saya dah masuk 40 tahun. Kini bukannya masa saya main-main lagi termasuk dalam soal cinta. Saya bukannya seorang yang muda lagi.

Dalam hal ini, bukannya soal materialistik ataupun mata duitan, tapi ianya lebih lebih realistik. Jadi, istilah pisau cukur itu tak sesuai lah digunakan pakai. Bukan kita nak carilelaki yang berada tu sebab nak kikis wang mereka.

Fiza berkata ketika ini dia raih pendapatan melalui review di laman Instagram. Tentang tawaran lakonan, dia tak fikir lagi sebab adanya perintah kawalan pergerakkan.

Untuk info, Fiza Elite mempunyai tiga orang anak hasil tiga perkahwinannya yang terdahulu.