Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah bertitah untuk mengkaji semula tindakan mengurung rakyat, melalui perintah kawalan pergerakkan, tetapi langusng tak nampak hasilnya kerana kes sama saja malah ada yang naik.
TMJ telah memberi titah ketika bertemu dengan Menteri Besar Johor iaitu Datuk Hasni dan beberapa wakil dari kerajaan Johor.
Menerusi akaun Facebook miliknya, ini caption yang ditulis oleh TMJ.
“Saya dah pun bertemu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Datuk Onn Hafiz Exco Pelancongan, Belia dan Sukan, dan Dato’ Haji Azmi, Setiausaha Kerajaan Johor pada tarikh 4 Julai 2021.”
“Menerusi meeting berkenaan saya bertitah supaya kerajaan negeri cepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang kini dalam keadaan yang agak teruk.”
“Statistik menunjukan jumlah kes harian yang amat tinggi. Manakala rakyat pula sudah dikurung hampir dua bulan. Saya melahirkan rasa bimbang tentang keadaan rakyat yang alami isu kesihatan dari segi mental dan fizikal.”
“Malahan isu sosioekonomi juga timbul ekoran situasi ini yang berlanjutan. Pada pendapat saya, SOP sepatutnya dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat kurung rakyat ianya sudah tak lagi relevan.”
“Rapid test kit dan test kit peribadi harus diperkenalkan dengan cepat kepada semua orang dan digunakan secara meluas. Rakyat perlu disaringkan dengan meluas dan diberi suntikan vaksin secepat yang mungkin.”
“Saya bertitah supaya proses vaksinasi untuk Bangsa Johor akan dicepatkan lagi melalui pelbagai inisiatif, termasuk untuk kerajaan negeri Johor mendapatkan vaksin dengan pembelian terus.”
Itulah antara titah dari baginda TMJ Tunku Ismail tentang keadaan yang melanda negeri Johor dan juga Malaysia ketika ini. Menjengah di ruangan komen, rata-rata setuju dengan titah dari TMJ terutama bab mengkaji semula SOP perintah kawalan pergerakkan yang tak nampak hasilnya.