Sekarang ni, kes Covid di Malaysia sedang mencanak naik. Kes harian sudah pun mencecah 8ribu lebih sehari.
Ini memang satu angka yang mengejutkan apatah lagi kebanyakkan negara lain, jangkitan Covid sudahpun berjaya di kawal dengan baik.
Malah jika dibandingkan dengan tahun lalu, tahun ini lebih banyak yang positif walaupun perintah kawalan pergerakkan telah dilakukan.
Antara yang turut alami penyakit ini ialah ahli keluarga Datin Rebecca Nur Al Islam. Rebecca telah memaklumkan berita duka itu melalui laman Instagram miliknya.
Pelakon ini memberitahu, suami dan enam orang anaknya telah pun disahkan positif Covid. Malah tiga orang pembantu rumahnya turut disahkan positif.
Di entry berkenaan selain suaminya Datuk Norazam, Rebecca menulis nama anak-anaknya yang telah disahkan positif iaitu Khayrin, Adam Daniel, Anggun Raverra, Aliff Al Raffael, Ahmet Al Reaggan, dan Aurora Riana.
Tiga pembantu rumah yang positif pula bernama Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah.
Dalam rumahnya itu, Rebecca dan dua lagi anaknya disahkan negatif. Seorang pekerja yang bertugas sebagai tukang kebun dan tiga lagi pembantu rumah yang lain turut disahkan negatif.
“Salam, dengan penuh dukacita mahu dimaklumkan, pada hari Khamis, saya mummy Becca mewakili family, memberitahu bahawa family kami terkena penyakit covid.”
“Saya berasa sangat sedih ketika ini dan terlalu berduka cita.”
“Minta tolong semua terus mendoakan untuk kami satu family. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang agak serius berbanding yang lain. Mohon maaf sekiarnya terdpoat kontak rapat dalam masa tujuh hari ini. Saya harapkan mereka yang ada contact agar semuanya pergi buat ujian saringan, swab test.”
Di doakan agar, semoga semua ahli keluarga Rebecca akan sembuh kembali dari wabak ini.