“Mohon maaf untuk apa” Datuk Seri Vida

3,067 views

Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman terpalit satu isu apabila dengan lantang membuat kenyataan kepada semua agar jangan terlalu asyik nak meminta bantuan sahaja.

Jelas Vida, seseorang itu perlulah berusaha jika nak majukan diri dan mencari rezeki.

Dek kerana itu, ada yang mengatakan Vida ni tak meyokong kempen bendera putih dan ramai yang tak setuju dengannya.

Melalui satu laporan harian Metro, Datuk Seri Vida menyatakan tak ada perluanya dia nak minta maaf di atas kenyataan yang dibuat itu.

Vida tak mahu minta maaf sebab dia bukannya nak halang kempen bendera putih atau memberi bantuan ini, sebaliknya ianya khusus buat mereka yang hanya meminta bantuan tanpa ada usaha.

“Saya nak minta maaf untuk apa, netizen salah faham dan salah tafsir. Memang banyak komen kata saya macam-macam. Ada kata saya ni kaya dan riak dan tak mahu tolong orang.”

“Apa yang saya cakap hari tu, maksudnya, bantuan boleh diberi tetapi dalam masa yang sama mereka ni kenalah usaha dan buat sesuatu selain harapkan bantuan semata”.

“Takkanlah mereka ni nak duduk saja. Kata-kata saya ni ada yang kata serba tak kena walaupun saya dah jelaskan hal sebenar.”

Vida turut memberi contoh golongan ini boleh berniaga sebagai punca rezeki.

“Bagi saya, mereka kena buat kerja seperti mulakan perniagaan walaupun tak ada modal. Mereka yang kena berhenti kerja mesti ada duit sikit. kenapa tak ambil sedikit untuk start berniaga.”

“Ada berniaga jenis dropship yang tanpa modal. Jangan nak harap bantuan. Sebenarnya ada orang yang susah tapi dia tak angkat bendera putih.”

Datuk Seri Vida juga memberi contoh tentang bantuan dari segi sewa rumah, jelasnya tak kan pembayaran itu perlu dibantu setiap bulan.

“Jika bantuan adalah makanan, tapi sewa rumah, bil elektrik dan bil air siapa pula nak bayar, dan sampai bila kena terus minta bantuan. Contoh makan dah ada tapi mereka sekarang risau pasal sewa rumah pula. Takkan kami nak kena bayar pula. Kalau sebulan mungkin boleh bantu tapi selepas itu macam mana pula.”

“Bukan saya tidak menyokong kempen bendera putih. Yang memerlukan saya dah agihkan di Kelantan dan juga Perak. Tapi yang saya kecewa, dah dapat bantuan tapi masih meminta lagi dan ulang lagi”

Dalam pada itu Vida mengatakan dia memang ada memberi bantuan sejak tahun lepas lagi.