Fiza Halim ambil tindakan, buat report polis, netizen turut kena

11,091 views

Penyanyi dan pelakon Fiza Halim yang merupakan bekas ahli kumpulan Elite, terpalit dengan isu melibatkan keluarga bekas suaminya.

Melalui satu pendedahan, bekas adik iparnya bernama Afrina Farzana telah mendedahkan sikap Fiza yang dikatakan tidak baik.

Pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap Fiza yang dilemparkan oleh bekas adik iparnya itu sepanjang berkahwin dengan pilot bernama Aizat.

Setelah mengambil menunci mulut dan tak ada beri sebarang kenyataan, akhirnya Fiza ada muatnaik gambar dirinya sedang buat report polis.

Rupanya, Fiza dia sebab diminta oleh pihak berkuasa untuk tidak buat sebarang apa-apa komen kerana kes ini sedang disiasat.

Apa yang saya boleh cakap di sini, selama empat hari ni saya ambil pendekatan berdiam diri tak ada beri sebarang ulasan apa-apa kerana pihak polis mengarahkan saya agar tak membalas atau menjawab sebarang pertanyaan.

Fiza juga mendahkan, segala komen atau mesej kurang baik yang diterima kini dalam pantauan pihak polis. Malah Fiza memberi peringatan mereka boleh disoal siasat nanti.

Ini adalah disebabkan semua mesej secara personal DM, dan komen-komen yang saya terima selama empat hari ni telah dipantau oleh pihak berkuasa termasuk dari SKMM dan juga polis.

Semuanya kini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa. Account saya ni kini telah pun dirujuk kepada pihak yang berwajib.

Untuk pengetahuan semua, segala direct message serta comment kurang baik seperti mencerca dan kata saya yang bukan-bukan, sepanjang diterima empat hari ini telahpun dipanjang kepada pihak SKMM.

Oleh itu, kalian bersiap sedialah ye kepada mereka yang pernah tulis dan mesej saya, akan disoal siasat kelak. Tak nak cakap banyak lagi, kita tunggu dan tengok saja nanti.

Itulah respon dan perkembangan terkini dari Fiza Halim tentang isu ini.