Semalam anak kepada Ezad Lazim telah dibawa ke hospital kerana alami luka di bahagian kepala. Namun tak sangka ada pihak yang buat laporan kepada pihak polis tentang kes ini.
Perkara ini disahkan oleh Ezad Lazim sendiri apabila pihak polis menghubungi isterinya Azeana Ramli untuk menjelaskan hal yang berlaku kepada anak bongsunya itu.
Penyanyi berumur 41 tahun ini berkata dek kerana video anaknya Darwish, berumur 6 tahun, sedang menerima rawatan kerana terkena penyangkut baju oleh kakaknya, ada orang report polis agar dapat siasat kes tersebut.
Isteri Ezad Lazim menerima panggilan polis dari IPD Putrajaya untuk bertanya hal berkenaan semalam.
“Tengahari Jumaat isteri saya, Zeana terima call dari polis IPD Putrajaya tentang gambar dan video tular berkenaan anak saya.”
“Mereka kata ada terima report yang kami mungkin mencederakan anak, oleh itu, mereka mahu pengesahan dari kami.”
Ezad dan isterinya kemudian memohon maaf kepada semua orang yang terkesan dengan video dan foto itu, jelas Ezad lagi dia mungkin terlepas pandang tentang anak-anak yang bermain.
“Saya serta isteri mahu minta maaf sebab kecuaian kami juga ketika jaga anak-anak sampailah boleh berlaku kejadian seperti ini.”
“Kadangkala kami boleh terlepas pandang hal macam ni, walaupun berada kat rumah.”
Tentang keadaan anaknya, semua dah okey, malah hubungan adik beradik pun baik saja.
“Alhamdulillah syukur pihak hospital sahkan tiada kecederaan yang teruk. Masa tu dia alami pendarahan yang banyak sebab terkena di area lembut di kepalanya. Kini keadaan anak saya okey dan tak ada apa yang serius.”
Di satu entry, Ezad Lazim ada muatnaik video terkini menunjukkan anak-anaknya dalam keadaan yang baik saja.