“Hati saya hancur berkecai” Neelofa

10,522 views

Ketika ini ramai yang sayu melihat satu video yang viral menunjukkan keadaan seorang anak istimewa atau orang kelainan upaya bernama Bella.

Bella dilihat amat teruk keadaannya, dikatakan akibat perbuatan penjaga atau pengasuhnya. Kes ini sedang disiasat pihak polis.

Dek kerana itu, ramai yang bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Bella sehingga ramai mahukan keadilan buat anak istimewa tersebut.

Kempen justice for Bella telah dibuat oleh orang ramai termasuklah beberapa selebriti terkenal tanah air.

Ini termasuklah pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa turut meluahkan rasa sedih melihat keadaan Bella dan apa yang berlaku kepadanya.

Pelakon filem Azura ini mengatakan dia baru saja tonton video yang menunjukkan keadaan Bella dan hatinya remuk.

Saya baru saja menonton video berkenaan kes adik Bella dan sememangnya membuatkan hati saya hancur remuk dan berkecai.

Kejadian seperti ini amatlah tak berperikemanusiaan, bukan manusia dan kanak-kanak tidak patut dilayan seperti ini.

Neelofa turut serta mahukan keadilan dijalankan mengenai adik Bella dan menitipkan doa agar Bella cepat sembuh.

Semoga keadilan akan berada di pihak Bella dan saya mengharapkan adik Bella akan cepat sembuh, ye sayang.

Ini tulisan penuh dari Neelofa yang ditulis di laman media sosial miliknya.

Penulisan Neelofa itu mendapat reaksi dari para netizen dan ada yang berharap Neelofa dapat beri bantuan kepada adik Bella.

Kempen keadilan buat Bella disertai ramai artis tanah air. Antaranya ialah seperti Shila Amzah, Aizat Amdan, Nad Zainal Erra Fazira, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.

Dengan menggunakan tanda pagar justice for Bella, orang ramai mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada semua yang terlibat dengan kes Bella ini. Semoga yang terlibat akan dihukum seberat-beratnya.