“Saya ni penakut, benda itu nak masuk dalam badan, mesti kita risau” Che Ta

1,201 views

Suami kepada Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin telahpun selamat menerima suntikan vaksin dose pertama semalam.

Kata Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, hanya suaminya yang dah dapat tarikh untuk suntikan vaksin.

Sehingga kini belum ada tarikh untuk dirinya dan dua orang anak lelakinya Ammar Effendy dan Aniq Ezra.

Che Ta berkata, dia memang seorang yang agak berhati-hati dan secara jujur agak risau untuk disuntik vaksin.

Pelakon dan pengacara ini memang kalau boleh mahukan vaksin jenis Pfizer, berbeza dengan Zain Saidin, yang tak kisah pun.

Suami saja seorang yang dah dapat temu janji untuk vaksin. Dia dah dapat vaksin jenis Sinovac. Dia pun memang jenis tak kisah apapun jenis vaksin untuk dia dapat.

Sebagai rakyat, dah jadi tanggungjawab kita untuk sama-sama ganding bahu apatah kes sekarang ni semakin memeningkan kepala.

Che Ta akui dia seorang yang memilih jenis vaksin, tetapi akan akur sekiranya dapat apa jua jenis vaksin kelak. Dia tetap amik apa saja jenis vaksin yang diberikan.

Jujur saya cakap memang saya penakut dan kalau boleh nak pilih jenis vaksin. Memang risau nak ambil vaksin sembarangan. Vaksin kan nak masuk dalam badan kita mestilah risau (kesan sampingan).

Namun begitu, ini tidak membawa maksud saya akan tolak vaksin terus. Tak sama sekali buat macam tu. Kalau dapat apa jenis vaksin sekali pun saya reda, okey saja dan saya akan terima. Tapi siapa tak nak Pfizer kan. Tak pa kita sama-sama ganding bahu tangani wabak.

Di laman Instagram, Che Ta antara selebriti yang sering meluahkan rasa risau dengan jumlah kes harian yang semakin mencanak naik di negara kita sekarang ni.

Malah sebelum Zain Saidin pergi suntikan, Che Ta bertambah risau setelah adanya berita mengatakan satu pusat pemberian vaksin mencatatkan lebih kurang 200 orang petugas yang disahkan positif.